Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong (Astro Citra 2021)

Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong (Astro Citra 2021). Sebuah lagi karya telefilem seram komedi yang akan bersiaran pada hari sabtu ini di Astro Citra. Telefilem ini juga menyaksikan gandingan pelakon hebat Faizal Hussein, Hilal Azman dan ramai lagi. Sebelum itu, aku nak bagi tahu yang minggu lepas kita ada telefilem tanah kubur fitnah akhir zaman, memang best sambungan telefilem tu kan. Untuk minggu ni kita ada cerita hantu pula. Jom kita baca info Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong dibawah ini. 



Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong (Astro Citra 2021)


Sinopsis Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong 

Berikut merupakan Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong untuk bacaan anda.

Telefilem ini mengisahkan tentang Amir. Oleh kerana terlalu ingin menjadi kaya, Amir bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh Tok Ketua Kampung Bunian. Selepas menjadi kaya, dia pun beli kereta baru, rumah baru dan dia turut bagi duit yang dia dapat itu kepada orang lain. 

Namun, Amir telah melanggar syarat yang di berikan oleh tok ketua kampung bunian yang akhirnya memakan diri sendiri.Syarat tersebut adalah Amir tidak boleh mengambil dan memberi rasuah kepada sesiapa sahaja.

Tapi amir dah langgar perjanjian, maka sejak itu hidupnya sering diganggu oleh hantu-hantu yang jahat. Sehinggalah dia bertemu dengan satu jin yang menawarkan kekayaan kepada Amir.

Amir terus bersetuju dan dia bertukar menjadi orang minyak. Dia perlu mencari duit orang kampung sehinggakan mengganggu ketenteraman orang kampung tersebut.

Adakah Amir akan insaf? atau dia terjerat dengan perangkap orang kampung yang mahu menangkap orang minyak itu? 

kalau nak tahu, kenalah tengok sampai habis tau telefilem hujung minggu ini. 

Untuk kaki telefilem!!

Jom join group fb >> Kaki telefilem << untuk tengok drama terkini!

Maklumat Telefilem.

Seperti kita sedia maklum, untuk slot citra exclusive ini ia akan ditayangkan pada setiap hari sabtu jam 9 malam di saluran Astro Citra.

Bagi telefilem ini pula ia akan ditayangkan pada 8 januari 2021 ini dan ia diarahkan oleh Dato Jurey Latiff Rosli untuk produksi World Evolution Braon.

Bagi yang tak tahu, skrip telefilem ini ditulis oleh MF Kencana. Untuk watak dalam drama ini pula Faizal Hussein membawa watak sebagai Amir.

Antara barisan pelakon lain pula adalah Hilal Azman danTaufik Hanafi. Baki pelakon lain akan dikemaskini kemudian.

Aku dah tengok dah sedutan telefilem ini, memang menarik dan penuh dengan gelak ketawa. Aku yakin cerita ini amat sesuai ditayangkan pada hujung minggu dan sesuai untuk tontonan keluarga.

Jangan lupa tengok yer.

Previous Post Next Post