Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman (Astro Citra 2021)

Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman. Ada satu telefilem baru minggu ini. Antara pelakon utamanya adalah Nasir Bilal Khan, Mona Allen, Dato Jalaluddin Hassan dan ramai lagi tau. Bagaimanakah sambung sekuel cerita tanah kubur yang telah mempunyai banyak sirinya ini? Kali ini mengisahkan pasal fitnah akhir zaman pula. Kalau sebelum ini mereka datangkan karya tanah kubur hati hitam yang memberi pengajaran kepada para penonton. Kini apa pula sinopsis telefilem tanah kubur fitnah akhir zaman. 


Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman (Astro Citra 2021)


Sinopsis Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman


Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Khatijah. Dia ni merupakan seorang janda yang mengandung. Niat jahat yang ada dalam hatinya itu menyebabkan dia telah menuduh Tok Adi merogolnya. 

Tok Adi telah ditangkap penduduk kampung namun dia menafikan semua tuduhan dan berdoa supaya Allah tunjukkan kebenarannya.

Apakah benar tuduhan Khatijah ini? atau Tok Adi menjadi mangsa fitnah orang yang busuk hati dengan dia? 

kalau nak tahu, kenalah tengok telefilem ini pada hari sabtu ini tau.

Untuk kaki telefilem!!

Jom join group fb >> Kaki telefilem << untuk tengok drama terkini!

Maklumat Telefilem

Seperti biasa untuk slot citra exclusive, telefilem yang di siarkan akan mengambil slot  waktu tayangan pada hari sabtu jam 9 malam.

Telefilem tanah kubur fitnah akhir zaman ini akan ditayangkan pada 1 Januari 2022 tau. Kiranya pembukaan untuk tahun baru lah ni. hehe.

Saluran tayanganya adalah di saluran astro citra. Seperti yang ramai dah tahu, telefilem ini masih di arahkan oleh Rashid Sibir untuk produksi opera klasik.

Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Nasir Bilal Khan, Azri Iskandar, Mona Allen, Dato' Jalaludin Hassan dan Wan Maimunah.

Aku tak sabar pula nak tengok sambungan tanah kubur ni. Setiap musim dan setiap episod mahupun telefilem akan mempunyai pengajaran yang tersendiri untuk kita ambil dan applykan dalam kehidupan.

Korang rasa macam mana? jangan lupa tengok telefilem menarik ini pada hari sabtu ini ya.






Previous Post Next Post