Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam (Astro Citra 2021)

Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam. Seperti biasa, malam sabtu akan ada telefilem menarik yang di sajikan di astro citra. Oh ya, minggu lepas kita ada telefilem Saka Mysejahtera. Telefilem yang mengisahkan tentang hantu yang mengacau orang yang langgar SOP. haa nak tahu macam mana jalan cerita tu? boleh tengok dekat link di atas. Antara plakon yang terlibat dalam telefilem minggu ini adalah Nasir bilal khan dan yana samsudin sebagai peneraju utamanya. jom kita baca sinopsis Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam dibawah ini. 


Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam (Astro Citra 2021)

Telefilem minggu ini sangat menarik kerana ada element islamik dalam jalan ceritanya.  Yang menariknya, telefilem ini diarahkan oleh rashid sibir tau. mesti menarik jalan cerita dia kan.


Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam

Bagi yang tak tahu, telefilem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama khadijah. Dia menghantar anaknya ke sebuah rumah dan pusat jagaan Norma. Namun apa yang diperhatikannya, pada badan anaknya ada luka seperti orang pukul dan dera.

Anak khadijah ni bernama Teja. Teja ini merupakan seorang anak kelainan upaya. Jadi disebabkan tak sedap hati, Khadijah mengadu kepada Tok Adi untuk menyiasat perkara ini. 

Norma pula menidakkan perkara tersebut. Tapi yang peliknya adalah ada seorang pekerja rumah jagaan tersebut yang bernama kak nur tu mengaku dia yang melakukan penderaan tu.

Tapi Tok Adi tak percaya sebab dia rasa ada orang lain yang buat macam itu. Jadi siapa yang punya angkara ni sebenarnya? kenapa ada pihak yang sanggup jadi kambing hitam demi menutup kejahatan orang lain?

kalau nak tahu, kenalah tengok telefilem tanah kubur hati hitam ni sampai habis. 

Untuk kaki telefilem!!

Jom join group fb >> Kaki telefilem << untuk tengok drama terkini!

Watak Dalam Telefilem ini.

Dalam cerita ini, Nasir Bilal Khan masih membawa watak Tok Adi seperti biasa. Kemudian Yana Samsudin pula membawa watak sebagai Norma. Pemilik rumah jagaan Norma. Dia ni yang jahat! Kejam dengan budak-budak.

Liza Abdullah pula membawa watak sebagai Khadijah, ibu kepada Teja. Zarul Husin pula membawa watak sebagai seorang Doktor yang menyiasat kes Teja.

Yang terakhir kita ada Sofi Jikan yang membawa watak sebagai suami Norma yang mempunyai tabiat buruk. Dia suka berjudi dan tidak mengedahkan kejahatan yang dilakukan oleh Norma.

Info Telefilem.

Untuk tambahan, telefilem ini di siarkan pada hari sabtu ini 4 Disember 2021 pada jam 9 malam di astro citra. seperti yang aku dah bagi tau dekat atas ni, telefilem ini di arahkan oleh Rashid Sibir untuk produksi opera klasik.

Antara pelakon yang terlibat adalah Nasir Bilal Khan, Yana Samsudin, Liza Abdullah, Zarul Husin, Sofi Jikan.

Tak sabar pula nak tengok telefilem menarik ni kan. jangan lupa tau ! sabtu ini !



Previous Post Next Post