Telefilem Saka Mysejahtera (Astro Citra 2021)

Telefilem Saka Mysejahtera. Jangan lupa untuk saksikan sebuah telefilem baru ini yang diarahkan oleh Azhari Zain yang akan ditayangkan di Astro Citra nanti. Telefilem baru ini dibintangi oleh pelakon terkenal seperi Zahiril Adzim, Fadli Masoot dan Aziz M Osman tau. Aku dapat rasakan yang telefilem ini bergenre komedi seram. hehe berikut merupakan maklumat yang anda kena tahu mengenai telefilem saka mysejahtera ini.


Telefilem Saka Mysejahtera (Astro Citra 2021)


Telefilem Saka Mysejahtera (Astro Citra 2021)


Jom aku kongsikan sinopsis Telefilem Saka Mysejahtera ini yang mengisahkan tentang suasana pandemik yang melanda seluruh dunia ketika ini turut memberi kesan kepada kampung Keras Kepala. Itu nama kampung tau ! 

Ketika orang sibuk mengatasi pandemik, Kampung mereka diseram hantu pula. Yang peliknya, Hantu yang menyerang orang kampung itu hanya menyerang mereka yang melanggar SOP. Pelik kan. Hantu pun up to date. hehe

Anak tok penghulu namanya Remy, dia seorang pemuda yang serius untuk mengetahui kenapa semua ini berlaku. Jadi dia pun buat penyiasatan dan akhirnya jumpalah sebab kenapa hantu itu menyerang orang yang langgar SOP sahaja.

Nak tahu kenapa hantu tu serang orang kampung? Kenalah tengok pada hari sabtu ini.

Untuk kaki drama!!

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!

Info Telefilem.

Telefilem ini akan disiarkan pada hari sabtu, 27 November 2021 ini pada jam 9 malam. Macam aku dah kongsikan dekat atas, telefilem ini diarahkan oleh Azhari Zain untuk produksi Arie Zaharie Production.

Yang menariknya, skrip telefilem ini ditulis oleh Epy Kodiang tau. Patutlah banyak unsur komedi dalam cerita ni.

Antara pelakon yang terlibat adalah Zahiril Adzim, Aziz M Osman, Fadhli Masoot, Atikah Suhaime, Arie Zaharie, Tuan Asmawi, Bohari Ibrahim 

Tak sabar betul nak tahu kesudahan cerita ni kan. Kita tunggu waktu tayangannya sabtu ini.

Selamat menonton!

Previous Post Next Post