Telefilem Angan-Angan Mat Jiman

Telefilem menarik, Angan-Angan Mat Jiman. Minggu ini akan ditayangkan sebuah telefilem baru yang dilakonkan oleh Ameerul Affendi tau. Jarang nak tengok Ameerul ni jadi watak utamakan. tapi dalam cerita ni korang boleh lakonan pelakon Ameerul ni.  Ameerul Affendi berjaya memerankan watak Mat Jiman dengan sangat menghayati. Lakonannya yang natural dalam memaparkan kegigihan dan harapan Mat Jiman mampu mengugat emosi penonton.


Telefilem Angan-Angan Mat Jiman (Astro Citra 2021)

Seperti biasa, telefilem ini akan disiarkan pada hari sabtu ini pada jam 9 malam tau. Minggu lepas, kita dah tengok telefilem bayang lakonan hazama. Best tau cerita tu pasal kehilangan orang. Korang boleh tengok sinopsisnya di link yang kami sediakan ya. 

Sekarang ini jom kita tengok sikit info berkaitan Telefilem Angan-Angan Mat Jiman yang kami sediakan ini ya.  




Sinopsis Telefilem Angan-Angan Mat Jiman (Astro Citra 2021)

Jom kita baca sinopsis telefilem angan-angan mat jiman ni ya. Telefilem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Jiman yang tinggal di sebuah kampung. 

Kekurangan si jiman ni adalah dia dah banyak kali gagal dalam bisnes dia. Jadi tengah tak ada kerja ni di tambah pula dengan musim covid ni, dia nekad nak melakukan satu bisnes yang luar biasa.

Jiman nak buat ubat untuk mencegah covid ni. Fuhh, gila ke apa ke mamat ni. mungkin itulah yang difikirkan oleh penduduk kampung terhadap idea si  Jiman.

Dia tetap dengan pendirian dia untuk mencari penawar covid 19. Banyak eksperimen di lakukan oleh jiman termasuklah menjadikan kawan-kawan dan binatang sebagai tikus makmalnya.

Namun akhirnya, ujiannya itu memakan diri apa bila dia mengalami keracunan. Adakah Jiman akan berjaya membuat penawar itu atau dia sedar yang perkara tersebut tidak boleh dilakukan oleh orang-orang biasa?

kalau nak tahu kenalh tengok sampai habis. 

Info Telefilem.

Cerita ini akan ditayangkan pada 25 Disember 2021 ini pada jam 9 malam di Astro Citra. Telefilem ini di arahkan oleh Izuan Mokhtar untuk produksi Arie Zaharie. Manakala skripnya di tulis oleh Siti Aishah tau.

Antara pelakon yang terlibat adalah Amerul Affendi, Fadhli Masoot, Chubb-E, Harris Annuar, Aleza Shadan, Arie Zaharie, Muzayyin dan Bohari Ibrahim.

Pelakon Amerul affendi membawa watak sebagai Jiman dan Pelakon Aleza Shadan pula sebagai ibu kepada Jiman.

Tak sabar nak tengok idea-idea menarik jiman ni tau. Apa yang terjadi nanti? sama-sama kita tonton hari sabtu ni ya.

Review


Chemistry yang mantap antara Ameerul Affendi menyumbang kepada kekuatan jalan cerita Angan-angan Mat Jiman. Konflik demi konflik yang dihadapi watak utama sepanjang cerita menjadikan penonton seolah-olah turut merasai derita dan air mata Mat Jiman.


Sambutan hangat penonton terhadap Angan-angan Mat Jiman membuktikan kemampuan Ameerul Affendi menjayakan watak serius melalui lakonan yang sangat menghayati. Kekuatan lakonan yang mampu mengugat emosi penonton menjadikan Angan-angan Mat Jiman antara drama bersiri tempatan paling berjaya baru-baru ini.


Secara keseluruhan, Angan-angan Mat Jiman yang dibintangi Ameerul Affendi ini layak mendapat pujian atas kejayaan menyampaikan mesej bermakna melalui kisah yang menyentuh hati. Penonton sudah pasti menantikan lebih banyak lagi lakonan hebat daripada Ameerul Affendi pada masa hadapan.


Previous Post Next Post