Telefilem Bayang

Telefilem menarik, Bayang merupakan kisah mengenai seorang gadis yang merupakan penyiasat yang tiba-tiba hilang menyebabkan rakan-rakannya cuba mencari dia. Hai semua! minggu ini kita ada sebuah karya telefilem baru yang akan ditayangkan di Astro citra tau. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Hazama, Ayie Floor 88 dan juga Cik Manggis. Telefilem ini akan ditayangkan pada 18 Disember 2021 ini. Bagi yang tak tahu cerita ini diarahkan oleh Idril Mihat dan Irwan Rauf. Jom kita baca sinopsis telefilem bayang di bawah ini. 



Hazama Bayang


Bagi yang tak tahu, ada sebuah cerekarama bertajuk bayang juga pernah ditayangkan di TV3 tau. Dalam cerita lama ini, kita dah tengok sufian suhaimi dan juga elisha sandha sebagai pelakon utama tau.


Tapi cerita baru ini memang lain dari cerita yang lama tu tau. jom kita baca sinopsis di bawah ini ya.


Sinopsis Bayang


Sekarang ini, telefilem ini mengisahkan tentang kehilangan Lisa. Korang tahu tak, lisa ni seorang penyiasat. Kehilangan dia yang menjadi misteri kerana berkait rapat dengan kes-kes pembunuhan yang sedang disiasatnya.


Dia melakukan siasatan bersama seorang rakannya, Azam. Penyiasatan mereka turut disertai oleh seorang jurugambar amatur bernama Joni. 


Si photographer inni pula ada kelebihan tersendiri apabila setiap gambar yang di ambil, dia dapat melihat entiti-entiti misteri yang dapat membantu penyiasatan mereka.


Setiap gambar itu mampu menjadi petunjuk kepada misteri kehilangan Lisa. Dapatkah mereka mendapatkan semula lisa yang hilang itu?


Sama-sama kita saksikan.


Info Dan Pelakon


Untuk pengetahuan korang, telefilem ini akan ditayangkan pada hari Sabtu bertarikh 18 Disember 2021 di saluran astro citra.


Antara pelakon lain yang terlibat adalah Hazama, Ayie Elham, Cik Manggis, Cliff Umar, Syean Mokhtar.


Watak-watak yang dilakonkan pula Hazama membawa watak sebagai Azam. Manakala Cik Manggis sebagai Lisa dan yang terakhir Ayie sebagai Joni.


Tak sabar nak tengok telefilem yang menceritakan pasal penyiasatan ini. mesti best kan. Selamat menonton/!


Ia akan ditayangkan semula pada 15 Julai 2023 di saluran astro citra.


Review


Disebabkan ia sudah dittayangkan sebelum ini, jadi kami boleh katakan telfilem ini menarik untuk ditonton. Jalan cerita dia nampak macam rumit tetapi sangat mudah untuk di fahami. Elemen seram dalam bayang ini juga sangat realistik dan menarik perhatian penonton.

Kalau korang belum tonton, kenalah tonton dulu cerita ni tau. 

Previous Post Next Post