Sinopsis Telefilem Cinta Round 1 (Astro Citra 2021)

Sinopsis Telefilem Cinta Round 1. Hai korang, mulai 13 november ini, astro citra akan kembali menyiarkan telefilem-telefilem terbaru untuk tontonan anda. Sebelum ni asyik dok tayang pasal hantu siam jer kan. hehehe. Untuk minggu ini pula,telefilem ini akan bersiaran. Antara pelakon utamanya adalah Izzue Islam, Azizul Ammar, Azar Azmi dan Elisya Sandha. Berikut merupakan Sinopsis Telefilem Cinta Round 1 untuk bacaan anda. 


Sinopsis Telefilem Cinta Round 1 (Astro Citra 2021)


Sebelum ini aku ada kongsikan mengenai biodata Yuna Rahim, Korang boleh lah baca biodata pelakon baru yang sedang meningkat naik itu ya. 

Sinopsis Telefilem Cinta Round 1

Telefilem yang best ini akan ditayangkan pada hari sabtu ini pada jam 9 malam. Saluran Tayangnya pula adalah di saluran Astro Citra.

Aku baru dapat info, sinopsis telefilem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Farid. Dia ni seorang yang nerd. Asyik dengan buku jer budak ni. 

Akibatnya dia menjadi mangsa buli. Orang yang buli dia pula tu adalah senior dia bernama Syakirin. 

Dia pun sudah tidak tahan lagi dibuli jadi dia bernekad untuk berubah menjadi lebih berani dan kuat. MMA! itu perkara pertama yang terlintas dalam fikiran farid apabila dia nekad untuk menjadi lebih kuat. 

Misi dia adalah nak pastikan si syakirin itu tidak lagi membulinya. Jadi dia sertai MMA yang dianjurkan oleh pihak Universiti mereka. Dapatkah Farid membalas dendam terhadap syakirin? kalau nak tahu, saksikanlah di astro citra sabtu ini.

Kaki Drama, Jom tengok !!

👇👇

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!

Senarai Pelakon.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Kazar Saisi, Zalif Sidek dan Farez Ridwan. Telefilem ini juga merupakan karya arahan Feroz Kader untuk produksi Dream at work. 

Tak sabar nak tengok, pelakon-pelakon ini bergusti dalam cerita ini. Jangan lupa untuk kongsikan sinopsis telefilem cinta round 1 ini di facebook anda.

Selamat menonton!

 


Previous Post Next Post