Telefilem Tanah Kubur (Astro Citra HD)

Telefilem Tanah Kubur. Ini merupakan sebuah telefilem arahan Rashid Sibir yang pernah ditayangkan pada tahun 2020 yang lalu. Antara pelakon utama telefilem ini adalah Nasir Bilal Khan dan Hamidah Wahab. Tarikh tayangan pertamanya adalah pada 22 Ogos 2020 yang lalu. Namun begitu, telefilem ini akan ditayang semula pada 14 Ogos 2021 iaitu pada hari Sabtu ini. Ada juga telefilem tanah kubur peneman yang dibintangi oleh fendy bakry sebelum ini, tapi itu cerita lain lah macam sekuel lain untuk telefilem ini. Jangan lupa untuk tonton telefilem tanah kubur ini di Astro Citra HD tau. Mesti penuh dengan pengajaran untuk kita semua. 


Telefilem Tanah Kubur (Astro Citra HD)


Telefilem Tanah Kubur

Cerita ini mengisahkan tentang kejadian pelik yang berlaku di beberapa kawasan yang berlainan. Tok Adi cuba sedaya upaya untuk menyiasat kejadian-kejadian aneh yang berlaku itu dan yang peliknya, setiap kejadian berlaku itu tidak ada kaitan diatara kejadian yang lain.

Ada juga isu berkaitan dengan kekejaman penjaga pusat penjagaan kanak-kanak. Mereka yang tidak bertanggungjawab ini berselindung dengan wajah baik mereka. Apalah nasib anak-anak itu dan bagaimanalah pengakhiran manusia kejam ini?

Jom kita saksikan.

INFO TELEFILEM


Telefilem tanah kubur ini akan disiarkan pada 14 oos 2021 untuk tayangan kedua. Antara pelakon lain yang terlibat adalah  Ayie Elham, Shahrrolnizam, Liza Abdullah, Azri Iskandar dan Didie Alias

Selamat menonton.

Related Posts

Previous Post Next Post