Telefilem Santau Maut (Astro Citra)

Telefilem Santau Maut (Astro Citra). Hujung minggu ini akan diulang siarkan telefilem seram ini. Minggu lepas kita dah tonton telefilem Pok Ya Cong Codei Siti di Hati. Memang best cerita tu. Minggu ini akan ditayangkan pula cerita pasal santau yang membunuh. Antara pelakon yang terlibat adalah Syafie Naswip, Sharifah Aryana dan Lydia Saimon. Tayangan pertama cerita ini adalah pada 7 mac 2020 yang lalu. Juga di siarkan pada hari sabtu di Astro citra. Jom kita baca info telefilem santau maut di bawah.


Telefilem Santau Maut (Astro Citra)


Telefilem Santau Maut

Ramai yang nak tahu sinopsis telefilem santau maut ni. Telefilem ini mengisahkan tentang 3 orang adik beradik bernama Tuah, Anggerik dan Dahlia. Mereka dipanggil untuk melawat seorang yang sedang sakit. Tetapi mereka tidak mengenali orang tersebut yang tinggal di sebuah kampung.

Tanpa rasa apa-apa mereka pergi bertandang ke rumah tersebut. Kehadiran mereka menyebabkan kisah hitam 15 tahun yang lalu terbongkar. Kisah yang melibatkan ahli keluarga mereka ketika membuka perniagaan menjual makanan kembali terlerai.

Sepanjang mereka di sana, banyak cerita seram dan misteri berlaku sehinggakan nyawa ibu mereka juga menjadi gadaian. Dapatkah mereka keluar dari tempat itu? Apa yang sebenarnya berlaku 15 tahun lepas? 

kalau nak tahu kena tengok full cerita ini di astro citra yer.

Info Telefilem

Seperti biasa, telefilem ini di tayangkan di astro citra dan di arahkan oleh Azmir Afandi. Rupanya skrip drama ini ditulis oleh Ashik Afendey.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Syafie Naswip, Sharifah Aryana, Lydia Saimon

Bagi yang tak tengok lagi, korang kena tengok cerita ni sampai habis tau, kalau tidak korang mesti ketinggalan. Bukan senang nak tengok telefilem yang jarang diulang siar macam ni tau.

Selamat menonton.


Related Posts

Previous Post Next Post