Cerekarama Haji Gugel

Cerekarama Haji Gugel. Sebuah telefilem istimewa sempena Hari Raya Aidiladha, cerekerama ini telah pun ditayangkan pada tahun 2018 yang lalu. cerekarama yang dibintangi pelakon Kazar Saisi dan Liyana Jasmay ini berjaya menarik penonton untuk menonton sehingga habis tayangan telefilem ini. Tayang pertama cerekarama haji gugel ini adalah pada hari rabu 22 ogos 2018. Manakala tayangan keduanya adalah pada hari sabtu jam 10 malam mengambil slot cerekarama. Tarikh tayangan kedua adalah pada 24 Julai 2021. 


Cerekarama Haji Gugel


Cerekarama Haji Gugel

Telefilem ini diarahkan oleh Bade Haji Azmi dan diterbitkan oleh A.Aida Production. Haji gugel ini mengisahkan tentang Arman yang tidak pernah lagi ke Mekah dan mengerjakan haji. Namun begitu dia sering berbohong dan berlagak seperti dia pernah menunaikan haji dengan orang kampungnya.

Disebalik fakta lagaknya itu,, dia hanya mendapatkan maklumat mengenai Mekah dan Haji daripada Internet dan Google sahaja. Yang menariknya, setiap kali musim haji, Armanlah yang paling ligat bercerita di warung di kampungnya mengenai haji walaupun dia tidak pernah ke sana.

Adakah tembelang Arman akan terbongkar? sama-sama kita saksikan. 

Senarai Pelakon

Dalam cerita ini, Kazar membawa watak sebagai Arman. Aida Aris pula sebagai zahirah dan liyana jasmay sebagai Damia. Selain itu, Reza Hasbi sebagai Kushai dan Ridzuan hashim sebagai Haji Rozali. Putra Amaris pula sebagai Farok dan Marup mustapha sebagai Tahir.

Jangan lupa untuk tonton cerekarama haji gugel ini full di TV3 tau.

Previous Post Next Post