Cerekarama Tiada Galang Ganti Lakonan Raja Atiq (TV3)

Cerekarama Tiada Galang Ganti (TV3). Raja Atiq berlakon dalam telefilem Tiada Galang Ganti dan Muntazar Ghufran dan Puteri Adrianna ini pernah di siarkan pada bulan mei 2020 iaitu pada pada hari Raya Pertama. Kini telefilem menarik ini mengambil slot cerekarama pula.

Waktu tayangan tiada galang ganti terbaru adalah pada hari sabtu 26 Jun 2021 jam 10 malam di TV3. Minggu lepas kita dah tengok cerekarama di atas landasan yang mengisahkan percintaan jarak jauh. 

Jadi minggu ni, kita ada cerita sedih sikit tapi jalan ceritanya best tau. 

Ia akan ditayang semula pada 21 Mei 2023 pada hari ahad jam 9 malam tau. kalau korang terlepas tayangan pertama tu, kenalah tengok kali ni kan.

Cerekarama Tiada Galang Ganti (TV3)


Cerekarama Tiada Galang Ganti (TV3)

Telefilem ini diarahkan oleh Along Kamaludin tau. Cerita ini mengisahkan tentang Alif yang selalu hanya makan telur goreng sahaja setiap kali waktu makan. Dia mengadu kepada ibu dan ayahnya.

Dia masih belum faham kesukaran untuk hidup yang di alami oleh ibu dan bapanya. 

Selepas ibu dan bapanya meninggal dunia dalam kemalangan, Alif terpaksa menyara adik beradiknya. Mereka pula selalu mengeluh bila Alif menyediakan telur goreng untuk mereka.

Sekarang Alif sedar bagaimana perasaan ibu dan ayahnya ketika dia berkata demikian. Dia harap dapat minta maaf kepada ibu dan bapanya.

Tapi sudah terlambat.

Review Ringkas.

Aku boleh simpulkan yang cerita ini bermain dengan air mata. Terutamanya yang hati tisu macam aku. lagi satu kalau korang yang jenis family man, mesti drama ini memberi kesan kepada korang.

Tetapi sebenarnya cerita ini banyak memberi pengajaran kepada kita mengenai kepentingan ibu bapa dan keperluan kita mengenang jasa mereka.

Kalau tak nangis tu tak tahulah. Jalan cerita tak berat dan memang sesuai untuk di tonton secara santai di hari cuti.

Senarai Pelakon.

Selain Raja Atiq, Muntazar Ghufran, Puteri Adrianna, antara pelakon cerekarama tiada galang ganti terdiri daripada Fimie Don, Izzendra DFKL, Dilla Ahmad, Badrul Muhayat, Zack Kool

Fuhh mesti best cerita ni. Kalau ada yang tengok tu, boleh komen di bawah ya.


Previous Post Next Post