Telefilem Pemuja Kubur (Astro Citra 2021)

Telefilem Pemuja Kubur (Astro Citra 2021). Hari Sabtu ini, telefilem 'Pemuja Kubur' akan ditayangkan. Antara pelakon utama dalam telefilem ini adalah Beto Kusyairy dan Aedy Ashraf. Telefilem ini akan ditayangkan pada 5 Jun 2021 di Astro Citra. 

Telefilem pemuja kubur ini mengisahkan tentang Sikap tamak 2 orang lelaki yang mahu jadi kaya dan mahu dapat percintaan. Tapi cara mereka salah.

 

Telefilem Pemuja Kubur (Astro Citra 2021)

Telefilem Pemuja Kubur (Astro Citra 2021)

telefilem ini mengisahkan tentang Zarul dan Azhar. Mereka nak sangat jadi kaya. Jadi mereka ambil jalan pintas dengan meminta bantuan bomoh.

Bomoh pula mengenakan beberapa syarat untuk mereka menjadi kaya. Antaranya adalah mereka perlu menggali kubur wanita yang baru mati akibat bersalin.

Waktu menggali pula mestilah setelah 12 tengah malam, dan pada malam jumaat sahaja.

Mereka juga perlu memastikan, setiap pekerjaan menggali kubur itu tidak diketahui orang. Kalau tidak, apa yang mereka mahu tidak akan menjadi.

Sejak itu, hidup mereka tidak tenteram. Ada sahaja gangguan makhluk halus yang mereka hadapi. Dapatkah mereka insaf dengan apa yang mereka lakukan itu?

sama-sama kita nantikan.

Senarai Pelakon Telefilem Pemuja Kubur (Astro Citra 2021)

Antara pelakon hebat dalam telefilem ini adalah Beto Kusyairy, Aedy Ashraf, Kaka Azraff, Ellie Suriaty dan Man Kobena. 

Jangan lupa tengok tau !

Previous Post Next Post