Tarikh Tayangan I Can See Your Voice Malaysia 4 (2021)

Tarikh Tayangan I Can See Your Voice Malaysia 4 (2021). Rancangan nyanyian yang di minati ramai iaitu I Can See Your Voice Malaysia musim keempat akan mula bersiaran tidak lama lagi. Sejak awal lagi ramai yang tak sabar nak tengok musim baru rancangan ini. Fakta yang anda perlu tahu sebanyak 10 ribu penyertaan diterima untuk sesi uji bakat untuk musim keempat ini tau.

Ramai gila dan seperti biasa setiap minggu ada 6 peserta sahaja yang terdiri daripada penyamar dan penyanyi. Jadi bila tarikh tayangan i can see your voice malaysia 4 ni?


Tarikh Tayangan I Can See Your Voice Malaysia 4 (2021)


Tarikh Tayangan I Can See Your Voice Malaysia 4 (2021)

Untuk musim keempat ini, tayangan rancangan asal korea selatan ini akan bermula pada 16 Mei 2021. Bersamaan dengan raya Aidilfitri keempat tau ! Lagi meriah lah sambutan kita kali ni. hehehe.

Pengacara I Can See Your voice Malaysia 4.

Selepas kontroversi melanda pengacara Shuk, ramai yang beranggapan yang Shuk akan disingkirkan dari ICSYVMY 4. Tapi jangkaan kita salah, Musim ini, Shuk dan Sean Lee masih mengemudi rancangan hangat ini disamping dengan dua penyiasat baru !

Penyiasat Otai kita iaitu Jihan Muse masih di kekalkan. Manakala Yusri KRU dan Mark Adam meninggalkan rancangan ini dan digantikan dengan Fad Bocey dan juga Alif Satar.

Mampukan budak baru adapt dengan rancangan ni? sama-sama kita nantikan.

Seperi biasa rancangan i can see your voice malaysia akan bersiaran di TV3 pada setiap hari Ahad jam 9 malam. Untuk yang nak tengok live streaming boleh follow link ini ya - https://t.me/icanseeyourvoicemalaysia4

Aku update link live dekat sana ya! 


Previous Post Next Post