Drama Ramadani (Ramadan TV3 2021)

Drama Ramadani (Ramadan TV3 2021). Bulan ramadan 2021, Drama 'Ramadani' mula ditayangkan  bermula 18 April 2021 dan ia akan ditayangkan pada setiap Ahad jam 9 malam di TV3. Antara pelakon yang terlibat adalah Nik Adam Mika, Syamsul Yusof dan ramai lagi. Drama 4 episod ini mengisahkan mengenai kenakalan Danny dalam keluarganya. Ada saja trick dan juga akal nya untuk mengenakan orang sekeliling dia.

Drama Ramadani (Ramadan TV3 2021)


Drama Ramadani (Ramadan TV3 2021)

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Nik Adam Mika, Syamsul Yusof, Dhia Irdina, Adrianna Qasmia, Ummar Dzariff, Hannah Delisha, Bella Astillah, Azlee Khairi, Ieda Moin, Zazly Baginda, Shaharuddin Thamby

Dalam cerita ini Nik Adam Mika memegang watak sebagai Danny dan Dhia Irdina pula sebagai Mira. Ummar Dzariff sebagai Faizal. Manakala Syamsul Yusof sebagai Rahmat. Bella Astillah sebagai Lydia. Memang mantap aksi lakonan pelakon- pelakon ni kan.


SINOPSIS Drama Ramadani (Ramadan TV3 2021)

Cerita ini mengisahkan tentang Mohd Ramadani, 10 tahun merupakan anak kepada ahli perniagaan yang dimanjakan oleh bapanya. Oleh itu, pengasuh Ramadani sering bertukar kerana tiada seorang yang boleh bertahan dengan perangainya. Selepas bapanya membawa pulang Faizal dan Mira, dua adik-beradik gelandangan, hidup Ramadani mula berubah.

Bagaimana pengakhiran kisah Danny ini ya? tak sabar pula nak tengok.

Kalau korang suka drama santai, aku cadangkan drama ini untuk tontonan korang. Selamat menonton.


Related Posts

Previous Post Next Post