Telefilem Misteri Jam Vintage (Astro Citra 2021). Jangan lupa untuk saksikan telefilem 'Misteri Jam Vintage' akan ditayangkan pada Sabtu, 23 Januari 2021 jam 9 malam. Antara pelakon yang terlibat adalah Nazim Othman dan Linda Nanuwil a.k.a Linda GV 7. Telefilem ini akan ditayangkan di Astro Citra. Berikut merupakan info Telefilem Misteri Jam Vintage (Astro Citra 2021) untuk bacaan anda.
Telefilem Misteri Jam Vintage (Astro Citra 2021)
Minggu lepas, kita dah tengok sebuah telefilem komedi iaitu Diva dari Jakarta yang di lakonakan oleh Syerry Al Hadad dan juga Ruhainies. Memang kelakar telefilem tu.
Jadi minggu ini, kita kembali di sajikan dengan telefilem seram. Pasti ramai yang tak sabar nak tengok kan.
Waktu Tayangan : Sabtu, 23 Januari 2021, 9:00 malam
Senarai pelakon lain yang terlibat adalah Nazim Othman, Linda Nanuwil, Trisha Ooi, Zainol Macwilson, Fiesha, Adam Shahz, Fendi Seman
SINOPSIS
Sejak dihadiahkan jam tangan oleh Lokman (Nazim Othman), pelbagai kejadian misteri mula berlaku di rumah Masri (Zainol Macwilson). Apakah misteri di sebalik jam tangan tersebut?