Drama Gerak Khas The Finale TV3 (2020)

Drama Gerak Khas The Finale TV3 (2020). Drama bersiri Gerak Khas merupakan drama yang sudah lama ditayangkan di kaca TV sejak hampir 20 tahun yang lalu. Drama gerak khas ini  menceritakan bagaimana pihak polis menyelesaikan pelbagai jenayah yang berlaku di Malaysia seperti kes pembunuhan, rompakan, penculikan dan banyak lagi. Siapakah pelakon Drama Gerak Khas The Finale ini? dan bagaimana pula sinopsis drama ini. Sama-sama kita nantikan ya.

Terbaharu, TV3 Malaysia telah berkongsi trailer Gerak Khas The Finale dan dalam Trailer itu juga ada menyebutkan " setiap permulaan akan ada pengakhiran. Begitu juga dengan tajuk drama ia menunjukkan drama gerak khas akan ditamatkan tayangannya untuk selama-lamanya.



Drama Gerak Khas The Finale



Info Drama Gerak Khas The Finale TV3 (2020)

Yang mengejutkan adalah siri akhir ini akan ditayangkan di TV3. Macam kita semua dah tahu yang Gerak Khas memang sinonim dengan TV2 dan TV1 pendek kata, drama ni memang drama RTM. Tapi menimbulkan persoalan kenapa drama ini ditayangkan buat kali terakhir di TV3? 


Drama Gerak Khas The Finale

Benda ni banyak menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen. 

Malah, ada juga yang tidak sabar mahu menyaksikan pengakhiran siri ini yang seperti tiada penghujungnya. Tidak hanya itu, para netizen juga mengharapkan kemunculan sarjan ‘misai’ dan juga inspektor Mazlan.

Drama ini akan disiarkan mulai 4 Disember 2020, setiap Jumaat dan Sabtu jam 10.30 malam. 

Drama Gerak Khas The Finale


Sinopsis Drama Gerak Khas The Finale

Unit Gerak Khas yang di bawah pimpinan Datuk Helmi telah ditugaskan untuk membanteras jenayah hingga ke akar umbi demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara. Beliau dibantu oleh anggota-anggota bawahan dan pegawai-pegawai atasannya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus dihadapi oleh pihak Unit Gerak Khas demi menjaga keamanan negara.

Untuk kaki drama!!

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!


Drama Gerak Khas The Finale

Jangan lupa untuk saksikan drama ini mulai 4 disember 2020 ini ya. 
Previous Post Next Post