Markah Dan Kedudukan Peserta Big Stage 2020 Minggu 4

Markah Dan Kedudukan Peserta Big Stage 2020 Minggu 4. Semalam telah berlangsungnya konsert ketiga big stage 2020. Seramai 9 orang peserta beraksi di atas pentas. Manakala berita sedih yang kita dapat iaitu Sandra Diane tidak dapat membuat persembahan kerana terlibat dengan kemalangan.

Oleh sebab itu, hanya 9 orang peserta yang membuat persembahan pada minggu ini.

Peserta yang tersingkir pula adalah Yamani Abdillah. Jom kita baca markah dan kedudukan para peserta minggu ini.

Markah Dan Kedudukan Peserta Big Stage 2020 Minggu 4



Markah Dan Kedudukan Peserta Big Stage 2020 Minggu 4


1. Usop - 86.2% (Bukan Ku Tak Sudi)

Ajai: Semasa saya produce lagu ni, saya rasa arwah Salem yang menyanyikan lagu ni dengan baik. Saya audition ramai orang bawa lagu ni, saya khas buat untuk dia. 

Tapi bila awak bawa, ada cara awak tersendiri, menyedapkan lagi lagu ni, nyanyian awak buat saya sebak. Jarang saya sebak dengar orang nyanyi. Setiap perkataan yang keluar ikhlas.

Faizal Tahir: Saya tengok performance sebagai satu, dari mula. Orang lain gelak tengok video awak mula-mula tadi penuh personaliti tapi awak fokus atas stage. Dalam orang ketawa, awak langsung tak terusik, awak in the zone. 

I love the music arrangement, good. Saya tulis saya boleh menangis tengok awak nyanyi sebab awak sangat ikhlas bila nyanyi. Awak eye contact perfect, postur, memang cantik.

Elly Mazlein: Kami teriak dengar hangpa nyanyi. Walau macam abang Ajai absolutely correction. Vokal level out of Big Stage. I'm so happy.

Markah Dan Kedudukan Peserta Big Stage 2020 Minggu 4



2. Fadh Majid - 78.6% (Mentera Semerah Padi)

Faizal Tahir: Saya rasa vokal awak tiada masalah cuma for me performance tadi terlalu intense. Awak macam marah sangat. Mungkin kalau awak masuk verse macam M. Nasir, sampaikan cerita dulu. Lepas tu nak masuk part keras, nak tunjuk bicep. More dari segi delivery la tapi awak ada improvement.


3. Azzam Sham - 75.2% (Mengintai Dari Tirai Kamar)

Dayang Nurfaizah: Awak antara kegemaran saya dalam Big Stage kali ni. Awak boleh menyanyi. Yang special adalah clarity dalam vokal. Awak nyanyi best sangat cuma minggu ni macam terganggu sikit. Nyanyian sedap, clarity ada, tone soothing mungkin lagu ni tak memanggil saya. Feel kot. Malam ni mungkin jadi persembahan pertama awak agak tertekan. Hopefully minggu depan lebih dokus.

Faizal Tahir: You were excellent.

Ajai: Perubahan lagu tu adalah perubahan diri awak, identiti awak sendiri.




Markah Dan Kedudukan Peserta Big Stage 2020 Minggu 4


4. Dinie Rashid - 69% (Gubahan Rindu Puisi Syahdu)

Faizal Tahir: Sebab awak layak dapat 80, ini persembahan yang lebih baik dari sebelum-sebelum ni, improve a lot, lebih relaks. Kena dengan awak. Seorang lelaki bawa lagu wanita, sounds good on you. Saya puas hati.

Elly Mazlein: I love your performance. Sedapnya suara Dinie.


5. Nana Sheme - 67.6% (Don't Speak)

Joe Flizzow: Saya rasa permulaan sangat baik dan sebutan lirik memang bagus, hampir sempurna. Tempo tu patut berhati-hati, mungkin boleh lari tapi awak dapat recover. Saya terpegun dengan penggunaan bahasa Inggeris awak.

6. Farisha Iris - 66.2% (Kau Kekasihku)

Joe Flizzow: Persembahan keseluruhan agak berhati-hati dan ia bukan tak baik cuma bila ambil peluang buat kelainan, taknak buat silap. Nyanyian baik, falsetto, ad-lip tiada masalah cuma saya kurang impress dengan vokal tenggelam dalam arrangement muzik. Artis kena communicate dengan band. Vokal okay cuma tenggelam dengan arrangement.

Ajai: Saya terperanjat sebab pada saya kalau penyanyi tu bagus, tiada masalah pitching. Ad-lip tu banyak salah tambahan ni lagu saya. Bila nyanyi kena ikhlas. Ada pemikiran yang buat kita takut, akan lari feeling tu. Feeling tu awak tak dapat tangkap. Cuba seiringkan pitching dan feeling.


Markah Dan Kedudukan Peserta Big Stage 2020 Minggu 4

7. Hafiz Zainal - 64% (Laguku Untukmu)

Ajai: Saya lebih suka awak nyanyi last week. Last week lagi sedap. Mungkin perubahan tu banyak sangat, penambahan note tu banyak sangat, kacau originality. Awak careful dengan hold note especially hujung-hujung. Bila hold tu dia goyang. Satu je cara nak properkan, setiap hari kat piano tu do bunyi macam mana, re bunyi macam mana, hold.

Joe Flizzow: Saya suka versi lagu ni, awak beri kelainan, beri nafas baru. Lagu ni bukan senang terutamanya part chorus, powerful. You did a good job, permulaan berhati-hati tapi awak berjaya beri dinamik yang menarik terutamanya hujung. Hati-hati dengan certain note especially high note tapi good job.

8. Qody Rany - 62.8% (Ukiran Jiwa)

Faizal Tahir: Saya rasa benda paling penting tak sampai la Qody, berhati-hati pitching, overall tak berapa sampai. Nampak macam a bit nervous, kena loose sikit. Ada dua tiga orang nampak tense hari ni, macam awk try hard nak jaga vokal tapi tak jaga jugak. Bila relaks lagi senang nak sampaikan pitching.

Ajai: Bila awak nyanyi lagu cindai, sedap. Dengan high note, proper range. Ini proper tapi jiwa awak kemana-mana pergi dah. Terlampau bejaga-jaga sangat, I know you good singer tapi masuk pertandingan kena disiplin. Tangkap feeling baru proper. Pitching, banyak masalah tu.

Joe Flizzow: Saya bagi komen positif. Penghayatan persembahan sangat bagus. Memang baik cuma bila terlalu menghayati tutup mata, disadvantage dia hilang connection dengan penonton di depan. Ni ruang untuk awak improve.

9. Yamani Abdillah - 62% (Mimpi Laila)

Dayang Nurfaizah: Persembahan Yamani bagus, baik cuma bila excited tu vokal ada off sikit. Macam hilang fokus. Setelah 4 minggu saya tengok awak nyanyi, awak ada colour tersendiri terapi awak kena cari identiti. 

Masih belum nampak. Bila dengar orang masih compare awak dengan ayah awak. Kalau awak boleh cari identiti, awak penyanyi yang baik.

Jangan Lupa untuk saksikan konsert minggu ke lima big stage pada minggu depan ya!

Previous Post Next Post