Ustaz Ismail Kamus : Pemergian Yang Di Cemburui.

Ustaz Ismail Kamus : Pemergian Yang Di Cemburui. Hari ini bila bangun untuk sahur, kita di kejutkan dengan berita pemergian seorang ulama dan tokoh agamawan iaitu Alfadhil Tuan Guru Ismail Kamus.

Sejak dua atau tiga hari kebelakangan ini memang aku mengikuti perkembangan kesihatan beliau melalui para ustaz-ustaz. Dan apabila ketentuan Allah itu tiba, maka ia tiba tepat pada waktunya. Pada jam 12.30 malam, TG Ismail Kamus meninggalkan dunia ini.

Beliau meninggalkan kita pada 15 ramadhan pada hari jumaat. Sungguh, ini adalah kematian yang di cemburui.

Ustaz Ismail Kamus : Pemergian Yang Di Cemburui.


Sedih dan sebak itulah yang mampu diluahkan hati selepas mendengar perkhabaran tersebut. Insan ini banyak berjasa kepada negara tatkala rakyat Malaysia berada di zaman gelap dan zaman buta agama. Beliau dan teman-temannya hadir dan membantu memahamkan masyarakat berkaitan Islam dan Syariat.

Sungguh pengorbanannya sangat banyak terhadap kita. Semoga Tuan guru tenang di alam sana dan semoga keluarga almarhum tuan guru juga tabah menghadapi dugaan dan ujian ini.

Sungguh, aku pasti merindui lantangnya suara Tuan Guru ketika menyampaikan kuliah.

Alfatihah Guruku.

Previous Post Next Post