Biodata Nabil Ahmad Pengacara The Hardest Singing Show 2022

Pengacara dan Pelawak terkenal, Nabil Ahmad mula menapak dalam dunia seni sejak menyertai rancangan raja lawak satu ketika dahulu. 

Kini, Nabil melebarkan empayarnya menjadi pengacara dan terbaru dia ada channel Youtube sendiri dan juga sudah ada lagu single sendiri. 

Baru-baru ini dia menyambut hari kelahiran yang ke 41 tau, meriah dengan suprise dari orang sekeliling dia.

 Terbaru, Untuk 2024 Nabil akan mengacara program the hardest singing show 2024 bersama dengan Rina Nose dan barisan peserta dia pun memang power-power tau.


Biodata Nabil Ahmad Pengacara Gegar Vaganza 2019



Biodata Nabil Ahmad


Nabil Ahmad merupakan suami kepada Nazirah Ayub dan mereka telah berkahwin sejak tahun 2011 lagi dan dikurniakan 3 orang anak. 


Mereka bernama Naira Mikayla binti Ahmad Nabil, Mishall Imani binti Ahmad Nabil dan Leyla Medyna binti Ahmad Nabil.

Nama Penuh : Ahmad Nabil Bin Ahmad
Tarikh lahir : 26 september 1983
Asal : Negeri Sembilan
Umur : 41 tahun (2024)
IG : Instagram Nabil Ahmad 


Nabil juga dikenali dengan sebagai Pelawak, pengacara, pelakon, penyampai radio, penyanyi, pengarah, penerbit dan penulis. Banyak juga tugasan dia kan. ehehe


Info Menarik Kerjaya Nabil.


Banyak rancangan yang mengambil dia sebagai pengacara terutamanya dalam majlis anugerah. Nabil terkenal juga dengan rancangan gegar vaganza dan untuk tahun 2022 ni, dia masih menjadi pengacara rancangan tersebut.

Mesti kecoh setiap minggu dengan telatah dia dan tahun ini juga dia tidak berganding dengan Jihan tetapi dengan Kak Lina Pom Pom pula hehe

Selain itu, Nabil juga sinonim dengan rancangan bual bicara MELETOP yang bersiaran di Astro Ria bersama dengan pengacara jemputan setiap minggu tau. Dah banyak tahun rancangan ni kan. Masih mengekalkan pengacara yang sama sebabnya adalah mereka ada aura tersendiri.

Setakat ini rancangan meletop masih mengekal Nabil tetapi masih belum memilih pengacara wanita secara tetap lagi.


Pengacara Gegar Vaganza 2019



Kisah hidup Nabil sentiasa menjadi panduan kepada anak muda diluar sana. Selagi ada kudrat, teruskan mencari rezeki dan yang penting mestilah sumber rezeki itu halal. Nabil Ahmad juga kini telah berhijrah dengan menyertai kumpulan Tabligh yang mana sedikit sebanyak mengubah perjalanan hidup dia.

Kita doakan Nabil terus berjaya dalam dunia seni tanah air dan terus menerus memberi insprasi kepada masyarakat di luar sana dengan Nilai Islam yang baik dan sempurna. Kita juga berharap dia terus di murahkan rezekinya. Inyaallah.


Jangan lepaskan peluang untuk menonton Nabil di dalam the hardest singing show 2024 yang sedang bersiaran di Astro ria pada setiap hari ahad jam 9 malam tau.


Post a Comment

Previous Post Next Post