Senarai Pelakon Drama Kau Yang Pertama [TV3]

Senarai Pelakon Drama Kau Yang Pertama [TV3]. Mulai 12 Ogos 2019, Tv3 mula menayangkan sebuah drama baru yang menggantikan drama utusan cinta buat adam. Drama baru tersebut adalah drama kau yang pertama. Antara barisan pelakon yang terlibat sebagai watak utama adalah Fikry Ibrahim dan juga Farah Nabilah.

Gandingan serasi dua pelakon ini dipertaruhkan bagi menarik minat penonton untuk menonton drama ini.



Bilangan Episod : 28 episod
Tarikh Mula Tayangan : 12 Ogos 2019
Waktu Tayangan : Isnin-Jumaat; 7:00 pm
Saluran Tayangan : Slot Akasia TV3

Pelakon Drama Kau Yang Pertama

Bagi yang tak tahu, berikut merupakan senarai pelakon dalam drama ni. Antaranya adalah Tasha Shilla, Elyas Abdullah, Yusuf Bahrin, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Sheila Hassan, Wan Nor Azlin, Elly Mazlein, Amar Asyraf, Erul Samah, Nashra Shah, Imam Shah, Nasz Sally, Laila Nasir


Sinopsis


Drama kau yang pertama ini mengisahkan tentang kisah percintaan antara seorang boss dengan budak intern. Farhan (Fikry) merupakan seorang CEO/Pengasas Butik Carla's Collections. Dia juga seorang yang terkenal. Pertunangan dia dengan Ameera (Tasha Shiala) mendapat perhatian ramai terutamanya para netizen.

Namun ada satu benda berlaku dan menyebabkan hubungan Ameera dan Farhan berentakkan. AKhirnya mereka tidak jadi berkahwin.

Sejak dari peristiwa itu, Farhan mula berkenalan dengan lebih rapat dengan Natasha (Farah Nabilah) si budak intern di butiknya itu. Pelbagai ragam berlaku antara mereka hinggakan rasa cinta mula berputik dalam diri masing-masing.

Mampukah Farhan melayan karenah Natasha selepas itu? Kalau nak tahu, korang kenalah layan drama ini sampai habis. Mesti bersemut punyalah. hehehe


Previous Post Next Post