Cerekarama Sehelai Selendang Putih

Senarai Pelakon dan Sinopsis Cerekarama Sehelai Selendang Putih. Malam ini akan ditayangkan cerita kekeluargaan yang bermula dengan dendam dan berakhir dengan kasih sayang. Katanya cerita ni sedih sangat-sangat. Jadi korang kena siap-siap tisu yer. hehe


Waktu Tayangan : Sabtu, 27 April 2019, 9:30 malam
Saluran Tayangan : TV3


Untuk kemaskini tahun 2024, Waktu tayangan kedua akan berlangsung pada 8 Jun 2024 ini iaitu pada hari sabtu di saluran TV3 juga tau. 


Kalau korang terlepas, boleh tonton cerekarama sehelai selendang putih ini pada malam tersebut tau. memang best tau! 

Cerekarama Sehelai Selendang Putih



Pelakon Cerekarama 


Bagi yang nak tahu, antara pelakon sehelai selendang putih ini adalah Elizad Sharifuddin, Fahrin Ahmad, Nad Zainal, Hanani Malika dan Faiz Fathullah.



Tak sabar nak tengok gandingan Elizad, Fahrin dengan Nad zainal kan. Memang gempak gila lah cerita ni. Siap-siap tisu tau! .

Sinopsis Cerekarama


Cerita ini mengisahkan tentang Zahra yang tidak dapat menerima kenyataan apabila suaminya Anuar berkahwin satu lagi. Zahra merasakan dirinya seorang wanita yang sempurna dan memiliki segalanya.


Tapi korang nak tahu kenapa suami dia kahwin satu lagi? 


Sebenarnya Anuar berkahwin dengan Aisyah sebab aisyah sakit kanser tahap 4 dan tidak mempunyai masa yang lama untuk terus hidup.


Mula-mula, Zahra keras hati tak mahu menerima kenyataan tetapi akhirnya dia terima juga dan berbaik semula dengan Aisyah.


Zahra nekad untuk menjaga Aisyah sehingga akhir hayatnya. Siapa hadiahkan sehelai selendang putih tersebut?


kalau nak tahu cerita sebenar, korang kena tengok lah cerita ni malam ni ya.




Jom like page admin >> Kataubaid << untuk tengok episod penuh.

Review Jujur


Sejujutnya, cerekarama sehelai selendang putih ni memang meruntun jiwa disebabkan pelakon-pelakonnya yang sangat menjiwai watak masing-masing. Disebabkan itu jugalah jalan ceritanya 'hidup' dan berjalan dengan lancarnya.


Bagaimana siti elizad membawa watak sebagai isteri pertama yang sangat sempurna bagi seorang lelaki namun tetap di madukan kerana faktor yang tak dapat dielakkan.


Fahrin juga membawa watak suami yang baik di rumah dan di luar rumah. Yang paling penting bagaimana dia menjiwai wataknya apabila mempunyai dua isteri yang tidak boleh berjumpa.


Senarai Pelakon Cerekarama Sehelai Selendang Putih


Nad Zainal pula membawa watak sebagai Aisyah yang sakit. Memang kelihatan dia menanggung kesakitannya dalam menjayakan watak ini dan sangat memberi kesan kepada penonton.


Selebihnya, gambungan aura dan juga kualiti lakonan pelakon-pelakon ini memberi kesan yang mendalam kepada aku dan juga penonton yang telah menonton cerita ini.


Akhir sekali, jika korang belum tengok lagi cerita ini, pastikan korang tonton di saluran TV3 pada 8 Jun 2024 ini jam 10 malam tau.

Aku jamin korang tak rugi masa dan juga korang akan dapat kepuasan menonton kualiti lakonan pelakon-pelakon hebat tanah air kita.

Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post