Malam ini akan di siarkan cerekarama Misi Penculikan Cinta di TV3. Seperti biasa untuk minggu terakhir sebelum AJL 33 ni, cerita ini akan dibarisi pelakon seperti Sissy iman dan Niezam Zaidi tau.

Bukan senang nak tengok Sissy iman berlakon kan. hehe

Waktu Tayangan : Sabtu, 2 Februari 2019, 9:30 malam
Saluran Tayangan : Cerekarama TV3
Senarai Pelakon lain yang terlibat adalah Sweet Qismina, Alif Hadi, Alia Zekri

Misi Penculikan Cinta


Sinopsis Misi Penculikan Cinta


Drama ini mengisahkan tentang kisah kehidupan Cinta Farhani. Dia merupakan seorang artis yang terkenal dan diminati ramai.

Tetapi hidupnya seperti terkongkong kerana kerjaya dia. Bila dah tengah top, Cinta melarikan diri.

Kenapa dia larikan diri ? kalau nak tahu , kena tengok cerita ni malam ni tau.

Cinta Farhani seorang penyanyi muda yang popular cuba melarikan diri daripada kehidupan penuh glamor sebagai artis. Cinta mempunyai pengurus bernama Mika yang terlalu mengongkongnya.

Cerekarama Misi Penculikan Cinta TV 3


Mika diupah oleh mama Cinta, Datin Julia untuk menjaga dan mengawal pergerakan Cinta. Cinta merasa begitu tertekan dan bosan dengan kehidupannya. Dia mahu lari dan bebas.

Ketika mahu menjalani penggambaran video klip di Langkawi, Cinta berjaya melarikan diri daripada Mika dengan bantuan Lili. Lili merupakan peminat setia Cinta dan kerana terlalu meminati Cinta, Lili bersetuju untuk menculik Cinta.

Lili juga telah memaksa abangnya Riki untuk menyembunyikan Cinta. Adakah Cinta dapat merasai kehidupan bebas yang dicarinya?

Episod Penuh

Tonton Episod penuh Misi Penculikan Cinta di bawah ni ya.

👇👇





Previous Post Next Post