Cerekarama Mak Cik Acapella

Malam ini akan ditayangkan sebuah cerekarama bertajuk Mak Cik Acapella. Wah ! ada Aiman tino lah dalam cerita ni.

Rupanya, cerekarama sepanjang bulan Januari ini ada kena mengena dengan Anugerah Juara Lagu yang akan berlangsung bulan depan.

Jadi korang boleh tengok penyanyi kesayangan korang berlakon dalam slot cerekarama nanti.

Antara barisan pelakon cerekarama mak cik acapella ini adalah Aiman Tino, Liza Abdullah, Didie Alias, Amyza Aznan dan Putri Hanan.

Cerekarama Mak Cik Acapella


Info Cerekarama

Tarikh Tayangan : Sabtu, 5 Januari 2019
Waktu Tayangan : 9 pm
Saluran Tayangan : Slot Cerekarama TV3

Sinopsis Mak Cik Acapella adalah mengisahkan tentang Sofjan, seorang 'struggling artist' yang menghilangkan diri selepas kontroversi.

Dia melarikan diri ke sebuah kampung dan dengan tak sengaja dia menjadi guru vokal kepada empat orang makcik yang mempunyai bakat nyanyian luar biasa.

Memang haru biru lepas dia masuk kampung tu. Mak Cik - Mak Cik acapella terus viral dan terkenal sehingga masuk dalam TV.

Korang nak tahu apa yang jadi lepas tu ?

Kalau nak tahu, korang kena tengok dekat tv 3 lah yer.

Selamat menonton ! .

Jom like page admin >> Kataubaid << Tanda Support. 

Terima Kasih
Previous Post Next Post