" Saya Bukan Lupa Lirik ". Zamani Cerita Perkara Sebenar

Zamani akhirnya buka mulut susulan apa yang berlaku ketika persembahannya di pentas suku akhir gegar vaganza 2018 semalam.

Ramai yang menyangka, Zamani lupa lirik kerana dia bermula agak lambat dalam persembahannya semalam.

Tapi Zamani menafikan kenyataan tersebut. Jom kita ikuti temubual Zamani dengan Astro Gempak.

“Masalah sebenar saya sendiri tak dapat pastikan. Saya masih lagi menunggu post mortem untuk konsert ini.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari ‘earpiece’ ketika itu.


zamani-lupa-lirik

“Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya.

“Saya tak mahu salahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya sendiri,”katanya kepada Gempak.

“Selepas persembahan pertama, saya dah 'give up' kerana malu... Tapi saya fikir saya ada peluang kedua, jadi saya pun cuba sehabis baik.

“Saya bersyukur kerana minggu ini kami diberikan tugasan untuk menyanyi dua buah lagu. Jadi, jumlah markah itu datang dari dua persembahan,” katanya lagi.

Jom baca, kedudukan para peserta selepas persembahan minggu ke 7 semalam ya.

Itu rupanya yang berlaku.
Kesian juga pada zamani ni kan.

Banyak betul dugaan dia dalam gegar vaganza 2018 ni.

Zamani antara peserta yang layak ke pusingan akhir gegar vaganza 2018 nanti.

Dapat melayakkan diri ke pusingan akhir nanti, pastinya rezeki yang hebat buat Zamani.

Kita doakan zamani berjaya di pentas final nanti.

Jom like page kami >> Kata Ubaid << untuk info dan live streaming final gegar vaganza 2018


Post a Comment

Previous Post Next Post