Ini Jawapan Zamani Selepas Dituduh Berdrama Hilang Suara Tempoh Hari

Ini Jawapan Zamani Selepas Dituduh Berdrama Hilang Suara Tempoh Hari. Zamani oh Zamani ! kisah apa pula kali ni ?

Pelbagai kritikan yang diterima oleh Zamani selepas dia tidak dapat membuat persembahan pada malam gegar vaganza 2018 minggu 5 baru-baru ini.

Selepas itu, Zamani juga telah mengeluarkan permohonan maaf dan ramai peminat yang memahami situasi kesihatan zamani.

Zamani juga telah membalas kepercayaan semua peminatnya. Dia kembali di pentas minggu ke 6 dengan persembahan yang memukau.

Zamani Selepas Dituduh Berdrama Hilang Suara Tempoh Hari


Kedudukan zamani dalam minggu ke 6 adalah antara yang terbaik sehingga mengalahkan beberapa calon favourite tau.

Selepas persembahan minggu ke 6, Wartawan ada bertanyakan soalan mengenai tuduhan kepada zamani. Ada yang mendakwa Zamani hanya berdrama mengenai kehilangan suaranya.

Jom kita ikuti jawapan Zamani mengenai perkara tersebut.

Ini Jawapan Zamani Selepas Dituduh Berdrama Hilang Suara Tempoh Hari


"Saya memang sakit, suara saya memang tak boleh keluar langsung. Saya tak perlu ulas panjang lebar mengenai tuduhan berdrama kerana saya memang sakit. Mahu percaya atau tidak, saya sendiri tak mampu nak komen," katanya.

"Terima kasih kepada pihak produksi. Pada mulanya, saya enggan berada di pentas kerana tak mahu memalukan diri kerana saya memang tak boleh menyanyi disebabkan kehilangan suara.

"Namun, melihatkan kepada semangat peminat yang tidak pernah penat menyokong, saya lupakan kesakitan yang dirasai dan mencuba untuk menyanyi.

"Apabila saya mendapat imuniti daripada Datuk Seri Aliff Syukri selaku  penaja, saya rasa terharu. Ia satu petanda dia ikhlas menghargai bakat saya dan menjadi satu tanggungjawab untuk saya bangkit demi peminat setelah diberikan peluang.

"Saya masih mendapatkan rawatan dan beransur pulih. Menurut doktor, tiada sebarang kecederaan di peti suara saya tetapi ada sedikit tanda kemerahan.

"Doktor sendiri tak tahu punca mengapa saya hilang suara tetapi saya akan tetap meneruskan rawatan untuk kembali sembuh seperti sediakala," katanya lagi.


Haaa, puas hati dengan jawapan Zamani ni?
Sudah-sudah lah yer..

Kita move on jer. sekarang pun dah selesai konsert suku akhir yang menyaksikan Farawahida tersingkir.

kita tak perlu nak panjang-panjang lagi kisah ni, kita fokus untuk minggu depan pula ya. Untuk minggu separuh akhir mesti akan ada kejutan yang akan berlaku.

Para peserta akan menyanyikan dua lagu sebelum ke pentas Final. Kita doakan mereka berjaya dalam persembahan minggu ke 7 nanti.

Jom like page kami >> Kata Ubaid << untuk info menarik dan live streaming Gegar vaganza. 

أحدث أقدم