Type something and hit enter

author photo
By On
Markah Dan Kedudukan Peserta Gegar Vaganza 2018 Minggu 6. Selesai sudah persembahan para peserta Gegar Vaganza 2018 untuk konsert suku akhir.

Apa kata anda mengenai persembahan mereka? Aku rasa ada yang baik dan mungkin ada yang tak baik. Secara keseluruhan, nyanyian mereka memang terbaik.

Untuk minggu ke 6, tumpuan tertumpu kepada persembahan penyanyi Zamani selepas kontroversi yang melanda beliau pada minggu lepas.

Markah Dan Kedudukan Peserta Gegar Vaganza 2018 Minggu 6


Zamani berjaya membuat 'comeback' semalam dan mendapat pujian para peminatnya. Tidak kurang juga, dia mendapat markah yang agak tinggi. Nak tahu kedudukan zamani dan kedudukan peserta gegar vaganza 2018 minggu 6 ?

Jom kita baca di bawah.

Markah Dan Kedudukan Peserta Gegar Vaganza 2018 Minggu 6! 


Amelina (Seroja) 👉 78.1%

Datuk Ramli MS - Ketika menyanyi low note sangat cantik dan lembut. Tapi tak berkenan dengan part tinggi. Lain kali part tinggi kena berdiri sebab nafas kalau duduk akan jadi pendek.

Billy Zulkarnain (Back At One) 👉 77.5%

Datuk Ramli MS - Saya suka grow dalam lagu selepas Billy nyanyi.
Datuk Khadijah Ibrahim - Diction, pronounciation and harmony perfect!

Zamani (Hapus Aku) 👉 72.8%

Datuk Khadijah Ibrahim - Alhamdulillah! Zamani seorang legend. Sungguhpun masih sakit Zamani boleh menari. Saya nakkan yang lebih baik dari Zamani.

Dia Fadila (Bencinta) 👉 70.8%

Datuk Ramli MS - Intonasi benci itu raw dan cinta itu sweet. Itu contoh intelektual, walau ada tempo kelam kabut sikit tapi saya suka feel awak.

Maya Ruslee (Hatinya Tak Tahan) 👉 68.2%

Datuk Khadijah Ibrahim - You look soo good! Sungguh menghiburkan. It’s very good. Ini yang kita mahukan.

Noryn Aziz (Seandainya Masih Ada Cinta) 👉 64.3%

Datuk Tarmimi Siregar - Walau nyanyi statik, tapi diksi & vokal menarik. Lagu ini tinggi namun anda tak ada terkucil.

Kedudukan Peserta Gegar Vaganza 2018 Minggu 6


Forteen (Satu) 👉 63%

Datuk Tarmimi Siregar - Ada terkucil tapi yang lain Alhamdulillah. Ada dua vokal utama tapi anda jadikan ia harmoni.

Datuk Ramli MS - Content is good, feel Melayu kena maskulin dan perlu solid. Harmoni itu keraslah. Tak selembut melodi. Belajar lain kali kalau dapat lagu macam ini.

Hetty Sarlene (Korban Cinta) 👉 62.8%

Datuk Khadijah Ibrahim - This week anda deliver vocal very good. Jangan risau! Chorus tadi kedengaran susah nak reach note tapi okey sebab anda menyanyikan dari hati. Saya dapat menjiwainya.

Farawahida (Ayat-Ayat Cinta) 👉 61.5%

Datuk Tarmimi Siregar - Kekuatan vokal di situ hebat sekali. Namun, saya rasa tertekan sedikit di hujung chorus. Saya cuba tangkap kesilapan namun tiada. Apapun, yang disampaikan tadi menarik.

Amelina kembali menghiasi tahta mingguan setelah jatuh pada minggu lepas. Setiap minggu, mesti ada yang naik dan ada yang turun.

yang penting semua mereka telah lakukan yang terbaik.

PESERTA TERSINGKIR


Peserta yang tersingkir pada minggu ke 6 adalah Farawahida.
Sedihnya.

Suara dia ni memang power gila dan jarang ada penyanyi yang memiliki suara macam farawahida. Tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki ke semi-Final.

Kita doakan farawahida akan lebih berjaya di luar sana.

Untuk peminat Gegar Vaganza 2018, Jom like page kami >> Kata Ubaid << untuk info dan live streaming gegar vaganza.

Tak sabar nak tunggu minggu separuh akhir nanti macam mana kan. mesti bertambah best persembahan para peserta nanti.

kita jumpa lagi !

Terima kasih .


Jom komen dibawah

Comments
1 Comments

1 comments:

Click to comment