Review Menu Golden Egg Crunch KFC Terbaru

Review Menu Golden Egg Crunch KFC Terbaru. Haai , hari ni aku nak cerita dengan korang macam mana rasa menu baru dari KFC iaitu ' GOLDEN EGG CRUNCH ' . aku tau, ramai yang dah rasa kan. hehe tapi aku nak tulis juga review golden egg ni mana tau ada persamaan dari segi rasa dan minat kita kan. cewah. hehehe

.... kisahnya bermula semalam, aku pergi beli golden egg ni dekat KFC sebab mak aku nak rasa. dia kata nampak macam sedap jer.

jadinya aku pun pergilah beli.

Review Menu Golden Egg Crunch KFC Terbaru


rupanya. menu ni disediakan dalam bentu SET.
korang tak boleh beli Ala Carte tau.

jadi aku tengok dekat board menu tu.
ada dua jenis sekali dengan harga

a) 2 pcs ayam + coselow + mash potato + Air = RM 14.50
b) 3 pcs ayam + coselow + mash potato + Air = RM 18.60

disebabkan kami 5 orang, jadi aku beli yang 3 pcs atau ketul ayam tu untuk dua set. ada lebih satu. siapa makan? hoohoho tak yah tanyalah kan...

aku bawa balik dan makan dekat rumah.
jadi aku dapatlah rasa seketul ayam.

... korang nak tahu tak rasa golden egg crunch kfc ni? mesti lah nak kan..
kalau dalam iklan dia kata ada telur masin kan.

bagi aku adalah rasa telur masin dalam tu.
rasa tu banyak dekat rempah dia.

dekat dengan kulit ayam tu korang akan rasa bertapa sedapnya golden egg crunch ni.
fuhh.. mengalir air mata bila makan.

serius sedap.
cuma satu jer yang aku kurang minat.

apa dia ?
MANIS.

tapi kalau korang makan dengan sos, rasa manis tu automatik akan hilang.
jadi tak ada masalah pun dengan manis tu sebenarnya.

rasa ayam masih sama iaitu ayam KFC.
dia punya tebal dia.. fuuhh mengancam.

hehehe
selalu aku makan KFC, seketul tu pun susah nak habis .
sebab banyak sangat.

jadi dengan menu baru ni, aku rasa ramai yang minat dan suka.
korang kena cuba menu ni tau.

try beli dan korang mesti nak lagi..
hehehe

jangan lupa belanja aku sekali... hehe
sekian.
Previous Post Next Post