Hikmah Rahsiakan Sebuah Pertunangan Yang Ramai Tak Tahu

Hikmah Rahsiakan Sebuah Pertunangan. " Rahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan " Selalu kita dengar orang ramai berkata seperti yang aku tulis dekat atas. persoalannya macam mana bertunang dalam islam ni ? Sebenarnya Islam sendiri menyuruh untuk rahsiakan pertunangan dan hebahkan perkahwinan. Rasulullah ada menyebut dalam sebuah hadis. ia bermaksud :

💬 " rahsiakan pertunangan,iklankan (maklumkan ) perkahwinan " : hadis riwayat Ahmad bin Abdullah bin Zubair .

maka ia menjadikan pertunangan sebagai sesuatu rahsia antara keluarga bakal pengantin sahaja. Aku pernah terfikir sebab apa Islam suruh rahsiakan pertunangan. rupa-rupanya ada beberapa sebab yang patut kita ambil tahu.

rahsiakan pertunangan

Antaranya kebaikkannya adalah :

1. Pertunangan hanya satu perjanjian untuk berkahwin . Ia belum di muktamadkan dengan ijab dan qobul.

2. Sepanjang tempoh pertunangan pelbagai perkara boleh berlaku. ia akan menjaga maruah keluarga jika sesuatu yang buruk berlaku.

3. Andai berlaku putus tunang ketika dalam tempoh pertunangan. maka ia dapat mengelakkan fitnah kepada orang yang bertunang tersebut dan juga keluarganya.

4. Mengelakkan niat buruk orang lain terhadap pasangan yang bakal berkahwin .

Islam sebuah agama yang menjaga penganutnya. jangan anggap ini sebagai sesuatu yang menyusahkan sebaliknya ia adalah hikmah yang kita patut banggakan.

Semoga Allah pelihara hati-hati kita dan hati hati pasangan yang bertunang agar tempoh pertunangan mereka di permudahkan sehingga ke jinjang pelamin.

Aku tak mahu bincangkan trend masyarakat kita sekarang ini yang suka hebahkan pertunangan. aku rasa ada video ustaz don menegur perbuatan itu.

Ini Video dia .



aku pun bukan ustaz.

aku serahkan kepada para ustaz dan ustazah untuk menegurnya ya. apa yang aku sampaikan ini sudah cukup untuk menerangkan hikmah sebalik merahsiakan pertunangan.

👉 ada pun pendapat dari Mufti Wilayah persekutuan lebih cenderung untuk membolehkan menghebahkan pertunangan untuk mengelakkan pinangan atas pinangan.

TAPI !

ada beberapa syarat yang ketat perlu di ikut .

 " Tiada masalah untuk seseorang itu menghebahkan pertunagannya. Namun janganlah berlebih-lebihan dalam menghebahkannya serta menyambutnya seolah-olah seperti berlangsungnya majlis perkahwinan kerana pertunangan itu adalah perjanjian menuju perkahwinan dan boleh sahaja sesuatu pertunangan itu dibatalkan. "

Rujukan - Hukum Merahsiakan Pertunangan .

Mufti pun ada mengatakan, kalau nak rahsiakan pertunangan pun tak apa jika kita rasa itu yang lebih baik.

kesimpulannya, terpulanglah pada kita rasa macam mana. cumanya di tekan kan adalah JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN dalam pertunangan.

semoga perkongsian aku ini bermanfaat untuk kita semua. dipersilakan untuk share artikel ni .

sekian .

Previous Post Next Post