7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu. Lama dah aku nak tulis pasal tempat menarik di Kuala Terengganu ni.tapi sebabkan aku malas, ini pun aku paksa untuk tulis. hehehe penat ja pi travel tapi malas nak tulis entri. aku kata dekat aku tau. ramai jer blogger rajin update entri, aku jer pemalas hehehe

kalau korang nak pergi ke terengganu lebih khusus di kawasan kuala terengganu, korang boleh singgah di lokasi yang aku nak kongsikan dengan korang ni. Ia lebih mudah untuk korang nak pergi travel lepas ni. bila kita dah tahu lokasi, senang kita nak plan dan dapat jimatkan masa yang ada.


7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu
7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu


7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu



1. Taman Tamadun Islam.

Baru ni, aku sampai ke Taman tamadun Islam buat kali kedua dalam hidup aku. tak banyak perubahan pun dekat sini . cumanya kena tarik pelancong mai baru nampak kawasan ni ceria dan happy. baru meriah sikit.


2. Masjid Kristal

Tempat yang tak asing bagi orang terengganu yang mana menjadi simbul kehebatan orang terengganu. Masjid kristal ni antara tempat menarik yang korang kena singgah tau. rugi kalau datang ke terengganu tapi tak singgah sini.

7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu
7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu


Non-Muslim pun boleh datang tau. jangan segan-segan.

3. Cruise Taman Tamadun Islam.

Menaiki cruise ni adalah pengalaman pertama aku dekat sini. Benda ni ada dalam kawasan Pulau wan man juga, di tengah-tengah antara Taman tamadun islam dan juga Masjid kristal. haa, betul tu , korang akan jimat masa untuk melawat kerana ada 3 tempat menarik dalam satu kawasan. Nantikan entri aku mengenai cruise ni ya.


7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu
7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu

sekarang macam malas nak update . hehehe

4. Waterfront Kuala Terengganu.

Tempat ni cantik pada waktu malam. sebab ada lampu yang cantik menghiasi malam korang di kawasan sini sambil melihat sungai terengganu*kalau tak silap. sayang sekali, aku tak sempat mai kawasan ni. sedih penat sangat pi pulau kapas, last-last terlepas tempat ni.

5. Pasar Payang

Tempat shopping dan juga tempat menarik di kawasan kuala terengganu ni. memang wajib singgah dekat sini sebabnya ada banyak barang-barang cendera hati yang di jual di sini. sebelum balik, korang nak beli hadiah bawa balik, boleh singgah dekat sini.

harga standard jer.

6. ICT Airport Sultan Mahmud

Mula-mula tak tau pun benda ni wujud, hehe tapi bila google baru jumpa. akhirnya sampai juga dekat kawasan ni. Yang bestnya, ICT ( ikan celup Tepung) dia memang sedap dan korang kena masukkan tempat ni sebagai tempat menarik yang korang nak lawat. lokasi dia bersebelahan dengan airport sultan mahmud.

cumanya jangan Mai bila malam, tak silap aku pukul 7 dah tutup. so, kena mai awal .

Baca juga : Pengalaman melalui lebuhraya pantai timur .

7. Pantai Airport

Pertamanya aku menyesal pi cari pantai batu burok sebab ada pantai yang lebih lawa iaitu pantai airport. hahaha jauh weh pi pantai batu buruk last-last pantai sebelah hotel lagi lawa. aummm. kalau korang nak makan ICT yang aku kongsikan tu, korang akan jumpa pantai ni dulu.

lepas asar, tempat ni makin meriah. ada Kuda lah ada layang-layang dan juga ada gerai air dan sebagainya.

Pendek kata, dekat kawasan kuala terengganu ni memang macam-macam ada. cumanya korang kena pandai pilih nak melawat mana dulu. ada tempat yang dekat-dekat jer ada yang jauh. kalau korang niat nak travel, cadangan aku elakkan hari jumaat dan sabtu. sebab aku pi masa ni ,kosong gila sebab depa cuti rasanya. hehe

Amacam, puas hati ?

Jom share 7 Lokasi Menarik di Kuala Terengganu ni dekat kawan-kawan lain tau. mungkin ada yang nak pergi masa cuti nanti. sekarang pun musim cuti sekolah jadi, memang best kalau korang ambil masa untuk korang singgah ke kuala terengganu. okay. nanti kau cerita pengalaman di pulau kapas pulak tau.

Entri sebelum - Perkara paling takut bila ada anak.

Previous Post Next Post