Selamat Kembali Bekerja Selepas Cuti Hari Raya

Setelah seminggu bercuti sempena hari raya, hari ini kebanyakan pejabat akan mula beroperasi seperti sedia kala. walau pun ada yang dah mula kerja sejak dari minggu lepas lagi.
Selamat Kembali Bekerja Selepas Cuti Hari Raya

Anak-anak pun mula dah bersekolah hari ini. Semalam aku baca dekat facebook aku, ramai ibu-ibu kembali masuk kerja. kerja streka baju anak dan baju suami untuk ke tempat kerja dan ke sekolah.

Alhamdulillah, bila cuti panjang macam ni mesti banyak benda yang asalanya rutin kita berhentikan sekejap sebab tak ada keperluan nak buat kan. bila rutin tu dah mula balik, maka kita pun kena  mulakanlah apa yang asalnya menjadi rutin tu.

Apa-apa pun untuk permulaan kerja hari ini, niatkanlah ia dengan ikhlas. jangan merungut, jangan dok ingat hari raya dah. raya pun dah habis dah kan. jadi kena fokus dengan kerja kita. Jangan pula ada yang ponteng kerja.

Ingatlah akan keberkatan gaji yang kita akan peroleh nanti.

Jom tingkatkan semangat balik untuk bekerja dan insyaallah allah kita akan happy.

aku ?

aku nak sambung beraya . hehehe

sekian .

Previous Post Next Post