Review Xiaomi Redmi 4a Malaysia

Baru-baru ni aku ada cerita mengenai pengalaman beli handphone dengan lazada . Dalam entri tu aku ada cerita yang aku baru beli Xiaomi Redmi 4A dengan lazada. Jadi kali ini aku nak review sikit mengenai Xiaomi Redmi 4a Malaysia kesayangan. hehe cewaahh.

Review Xiaomi Redmi 4a Malaysia
Review Xiaomi Redmi 4a Malaysia


Beberapa sebab kenapa aku memilih Redmi 4a ini adalah

1. Harganya murah.
2. Terbaru
3. Design dia cantik.

3 Sebab inilah yang menyebabkan aku beli Xiaomi Redmi 4a.

Untuk pengetahuan korang, ini kali pertama aku menggunakan peranti dari Xiaomi. Masa mula tu rasa juga takut sebab ingat china brand ni teruklah apa lah kan.

Kalau dulu, memang teruk

tapi sekarang ni brand dari china ni setanding dengan brand-brand atau jenama besar luar yang lain seperti oppo ,samsung dan sebagainya.

kalau korang nak beli jenama pelik macam ni, pastikan ramai yang dah gunakannya. dan boleh baca review dari mereka sama ada di forum ataupun blog-blog.

Mengenai Redmi 4a !


Hahaha melalut jauh lak aku ni . hehe

Hampir sebulan aku menggunakan Xiaomi Redmi 4A ini dan apa yang boleh aku kongsikan dengan korang adalah :

1. Peranti mudah alih ini sangat smooth untuk di gunakan.

2. Screen besar dan kemas memudahkan korang nak slide dan menggunakan handphone ini.

3. System terbaru yang menarik dan lebih " selamat " di perkenalkan dalam peranti ini .

4. Applikasi lain seperti musik, youtube , USB dan sebagainya masih sama dan berfungsi dengan sangat baik.

5. Paparan screen yang cantik dan camera depan dan belakang yang cantik memang sesuai untuk mereka yang suka bergambar.

6. Apa yang boleh aku katakan, ia smooth dan laju bila aku gunakan handphone ni.

Jadi , korang rasa macam mana ? korang tahu harga dia berapa ?

Rm 438 kalau tak silap tapi memang bawah rm 500 .

Hanya Rm 500 sahaja korang boleh dapatkan semua yang aku cakap dekat atas. aku boleh katakan handphone ni lebih kurang iphone jer.  dalam lawa, luar pun lawa tapi satu ja beza harga dia jauh lebih murah dari iphone.

Kalau korang berminat, boleh beli di sini - Xiaomi Redmi 4a dengan Lazada .

update : harga terbaru dah masuk rm 500 ke atas tapi stil bawah rm 550

Memang berbaloi weh ! korang boleh baca review dekat link yang aku kongsikan tu juga.

Kesimpulan ,

Kalau korang tak banyak bajet nak beli phone baru, memang phone Xiaomi ni memang sesuai untuk korang. macam aku jugak lah . hehe tak banyak duit, beli handphone murah jer tapi berbaloi gila beli.

Jangan risau pasal warranty, korang beli yang malaysia warranty . nanti korang boleh tukar balik bila rosak dan sebagainya.

Aku harap Review Xiaomi Redmi 4a Malaysia ni bantu korang serba sedikit untu mengetahui mengenai handphone ini . selebihnya pandai-pandai korang lah yer. hehe

Sekian.

أحدث أقدم