Hari Raya Adalah Perayaan Umat Islam Bukannya Perayaan Melayu

Hari Raya Aidilfitri memang sinonim dengan orang Melayu. Namun satu fakta yang tidak boleh di nafikan adalah Hari Raya Aidilfitri bukanlah perayaan orang melayu sebaliknya perayaan keagamaan bagi orang Islam di seluruh dunia.

Hari Raya Adalah Perayaan Umat Islam Bukannya Perayaan Melayu
Hari Raya Adalah Perayaan Umat Islam Bukannya Perayaan Melayu


Jadi seharusnya perayaan aidilfitri di sulami dengan nilai-nilai islam.

Antara ciri-ciri islam dalam perayaan Aidilfitri adalah :


1. Pakaian yang menutup Aurat.
2. Tidak berlaku pembaziran.
3. Mahram yang terjaga.
4. tidak menyediakan minuman dan makanan haram.


Jangan cemari keindahan hari raya dengan benda-benda maksiat. Sungguh ! sambutlah ia dengan ciri-ciri islam kerana ia perayaan orang islam.

Jauh beza perayaan Aidilfitri yang di gariskan oleh islam dengan apa yang orang melayu lakukan sekarang ini.

Ya !

aku sedih tengok bangsa aku ini. tolonglah balik kepada islam.

Aku tak ada masalah kalau hari raya ini merupakan hari raya orang melayu. tapi di sebabkan ia merupakan hari raya orang islam, aku terpaksa ingatkan.

Bila hari raya, orang sibuk beli baju raya. ada yang ambil peluang nak melaram sakan di hari raya. sehingga ada yang melebihi batas-batas agama.

Pakaian yang menjolok mata, ketat sehingga boleh nampak bentuk badan bagi kaum wanita, tidak bertudungnya dan semua ini pasti akan tertonjol dalam perayaan hari raya nanti. Sungguh sedih, bagaimana pahala puasa kita hilang sekelip mata sahaja pada hari raya aidilfitri.

Ini tak termasuk lagi bersalaman dengan yang bukan mahram ketika hari raya. Kena study elok-elok kalau tidak kita pun terjebak buat dosa di hari mulia iaitu hari raya.

Ayuh,

kembalilah pada islam. raikanlah aidilfitri bersama islam.

Sungguh, kita pasti berbahagia.

Sekian.

أحدث أقدم