REZEKI TIDAK PERNAH SALAH ORANG - CARILAH REZEKI IKUT PANDUANNYA !

REZEKI TIDAK PERNAH SALAH ORANG


REZEKI TIDAK PERNAH SALAH ORANG | Baru-baru ini aku duduk sambil terfikir mengenai rezeki. Yela kan hari-hari kita hidup ni penuh dengan rezeki . Boleh hidup ini pun dah merupakan rezeki kurniaan Allah kepada kita. Aku terfikir kenapa rezeki tak datang kepada kita masa kita tengah ada duit .

Sebagai contoh , korang gaji hujung bulan kan . pernah tak terfikir kenapa korang tak dapat rezeki lain contohnya duit tambahan ketika gaji . maksudnya mungkin korang buat dropship tetapi rezeki hujung buln tak masuk sekali dengan gaji tetap korang .

aku tak tau , korang alami macam aku atau tidak . tetapi pengalaman aku selalu macam tu . Jadi aku pun terfikir satu benda , Allah tahu waktu bila dia nak bagi kita rezeki . betul tak ?

REZEKI TIDAK PERNAH SALAH ORANG 


Kadang-kadang , kita tak ada duit tetapi masa itulah ada duit atau rezeki yang masuk kepada kita . berbanding ketika kita ada duit yang banyak . Sebabnya rezeki merupakan anugerah allah kepada kita . Kita hanya perlu usaha sahaja dan selebihnya serah kan kepada Allah .

Ada pula, ketikanya kita rezeki datang tanpa di sangka . ada kala kita menunggu rezeki tapi tidak berkunjung tiba .

Sabarlah wahai hati,

Allah tahu bila DIA nak kurniakan rezeki kepada kita .

Banyakkan berdoa, kerana doa itu senjata orang beriman . Doa merupakan hubungan direct kita dengan Allah . Allah mendengar doa kita tanpa ada perantaraan. semoga rezeki kita juga bertambah selepas ini .

Mungkin Allah tahan rezeki kita kerana kita tidak cukup kuat untuk menerimanya. Mungkin juga kita akan riak, sombong dan lain-lain jika kita mempunyai harta yang banyak. Mungkin juga kita akan melupai Allah .

Kita kena banyak bersangka baik dengan Allah, kalau tidak sampai bila pun kita tak akan bersyukur .

Kesimpulannya ,

Ramai di antara kita mempersoalkan kenapa rezeki tidak memilih mereka. tetapi mereka tak tanya diri sendiri sama ada mereka betul-betul layak menerimanya atau tidak . Teruskan usaha, dan pastinya rezeki itu akan bertambah dengan izin Allah .

Sekian .

Previous Post Next Post