PENGALAMAN BELI HANDPHONE DENGAN LAZADA ! MULA TAK YAKIN TAPI LEPAS TU ....

PENGALAMAN BELI HANDPHONE DENGAN LAZADA ! | Baru-baru ni aku ada bertanya dekat kawan-kawan facebook aku mengenai Pengalaman mereka beli handphone dengan lazada. Salah satu sebabnya adalah aku cuak dan takut kena tipu kalau beli secara online ni . hehe kan ada kes barang tak sampai dan sebagainya. dari komen kawan-kawan aku , ramai yang sudah membeli handphone secara online . Jadi aku pun cubalah beli satu .




PENGALAMAN BELI HANDPHONE DENGAN LAZADA !
aku beli warna hitam

PENGALAMAN BELI HANDPHONE DENGAN LAZADA !


lepas aku baca pengalaman kawan-kawan aku , aku pun cuba beli satu telefon atau handphone dengan lazada. Handphone yang menjadi pilihan adalah XIAOMI Redmi 4a . Harga dia Rm 484 termasuk gst .

Disebabkan komen positif mengenai perkhidmatan lazada , jadi aku order dengan lazada pada hari isnin pukul 10 malam . dan aku dapat barang aku tu hari rabu lebih kurang pukul 10 lebih . lajukan ! hehe

Masa menunggu tu rasa macam setahun . haha yelakan first time beli handphone secara online . jadi cuak dia kenalah lebih sikit. lepas ni mesti tak cuak dah sebabnya kita dah alaminya buat kali pertama dan kali kedua kita lebih bersedia. Betul tak ?

TIPS BELI HANDPHONE DENGAN LAZADA !

1. Pastikan anda berkemampuan.
2. Pilih yang ada warranty Malaysia.
3. Pastikan kedai yang betul , baru beli.
4. Tengok kedai yang banyak review.
5. Pilih untuk COD kalau tak yakin untuk Pos


Ini antara tips yang aku guna dan yang aku dapat dari kawan-kawan facebook aku tempoh hari , korang boleh gunakan tips ini untuk memudahkan korang beli handphone secara online dengan lazada .

Memang ada dealer yang menipu . kalau boleh kita elakkanlah dari guna dealer macam tu. Ikut panduan yang dan tips ni insyaallah tiada masalah .

Aku harap Entri PENGALAMAN BELI HANDPHONE DENGAN LAZADA ! ini mampu untuk membantu korang untuk merungkai masalah tak yakin untuk beli handphone secara online. hehehe zaman dah berubah, semuanya pakai online sahaja sekarang ni kan. semoga ia bermanfaat.

Sekian .

أحدث أقدم