CARA MUDAH UNTUK DIAMKAN ANAK KETIKA SOLAT TERAWIH !

CARA MUDAH UNTUK DIAMKAN ANAK KETIKA SOLAT TERAWIH ! • Bakal memasuki bulan ramadhan tidak lama lagi, pastinya ibu bapa mula risau mengenai anak mereka yang masih kecil. Bimbang kerana takut anaknya akan membuat bising ketika solat terawih. Anak tak reti duduk senyap ketika solat terawih dan sebagainya. Mungkin aku boleh kongsikan sedikit CARA MUDAH UNTUK DIAMKAN ANAK KETIKA SOLAT TERAWIH !


CARA MUDAH UNTUK DIAMKAN ANAK KETIKA SOLAT TERAWIH !



CARA MUDAH UNTUK DIAMKAN ANAK KETIKA SOLAT TERAWIH !

Sebelum Puasa

1. Bawa anak-anak ke masjid sebelum bulan puasa sebagai latihan.
2. Ajar anak-anak mengenai adab di dalam masjid.
3. ada dua bulan untuk kita ajar mereka secara konsisten.
4. Fahamkan mereka mengenai solat.
5. fahamkan mereka mengenai adab dengan orang lain.
6. Fahamkan mereka dengan adab di dalam masjid.

Ketika bulan Puasa.

1. Kalau sudah ajar anak, maka kita tengok bagaimana keadaan mereka bila dalam bulan ramadhan. Kalau masih tidak terkawal, maka kitalah sebagai ibu dan bapa , kitalah yang terbaik untuk menjaga dan mengawal mereka.

2. Pantau kelakuan anak-anak.

3. Solat di sebelah anak.

4. Anda lebih faham anak anda dari AJK Masjid, jadi Jagalah anak anda .

5. Kalau ada Masjid yang ada tempat penjagaan kanak-kanak, pergilah solat di masjid tersebut.

Ingat !

1. Jangan di sebabkan anak kita, ibadah orang lain terganggu. Solat terawih itu sunat . kena faham elok-elok.

2. Kalau anak menangis dalam ruang solat, bawa anak kita keluar dari masjid. tenangkan dia di luar. untuk elakkan dari menggangu jemaah lain.

3. Anak suka lari, bawa dia lari di ruangan luar masjid.

Kunci Kejayaan Anda untuk tenangkan anak anda adalah bagaimana cara anda handle mereka ketika mereka bising dan emosi. Kami yang ada dalam masjid tidak kenal anak anda, bagaimana nak pujuk anak anda ketika dia menangis dan sebagainya. Sebaliknya anda sahaja yang mampu tenangkan dia.

Aku tahu, ramai yang nak solat jemaah terawih dekat masjid sebab sebulan sekali ja kan. tapi bila anak-anak buat perangai, AJK Masjid usha pelik ja dekat kita. Mungkin dalam hati mereka kata , kita tak pandai jaga anak dan sebagainya .

Mungkin anda dengan suami atau isteri boleh buat gilir-gilir jaga anak ketika solat terawih di Masjid, 8 rakaat awal , isteri jaga anak. 8 rakaat akhir suami pula jaga anak-anak. kalau nak lengkapkan 20 rakaat, sambung di rumah ketika anak-anak dah tidur.

budak comel
Letih ye dik..



Ini hanya cadangan aku sahaja. Aku kesian juga bila ada orang cakap AJK Masjid tak mesra kanak-kanak dan sebagainya. aku pun kesian dekat ibu bapa yang nak solat berjemaah terawih di masjid. Tetapi kita kena faham, bila dalam masjid, ramai orang dalam tu. tak kan kita nak harapkan orang masjid faham situasi anak kita. sedangkan mereka tak kenal pun siapa kita.


betul tak ? mungkin di sebabkan ada ibu bapa yang tak ambil kisah langsung bila anak dia menangis dalam masjid menyebabkan Ajk masjid atau orang masjid lebih berhati-hati dalam mengatasi masalah anak-anak menangis.

Sedarlah keperluan untuk memastikan anak-anak kita tidak mengganggu Jemaah masjid lebih besar keperluannya dari kita menyusahkan jemaah masjid dengan kebisingan dan perangai anak kita yang menggangu jemaah lain.

Jaga anak kita baik-baik, kalau nak elakkan dari anak-anak bising dalam masjid, gunakan CARA MUDAH UNTUK DIAMKAN ANAK KETIKA SOLAT TERAWIH ! yang aku kongsikan dekat atas. Insyaallah jemaah lain boleh solat dengan senang , anda juga tidak rasa bersalah sebab anda dah ajarkan anak anda dan anak anda memahami apa yang anda ajarkan kepada mereka mengenai masjid.

Sekian.

[ p/s: kalau berbelit sangat bagitau ya, nanti aku terangkan balik ]

Previous Post Next Post