WAJARKAH ANAK-ANAK DISURUH PULANG PADA WAKTU MAGHRIB ?

WAJARKAH ANAK-ANAK DISURUH PULANG PADA WAKTU MAGHRIB ? | Baru-baru ini berlaku kes kemalangan melibatkan kanak-kanak berbasikal yang di langgar pada jam 3 pagi . Ramai yang dah komen dan beri pendapat masing-masing mengenai kejadian tersebut. aku tak mau ulas mengenai kejadian tersebut .

kanak-kanak eksiden
gambar kosmo

Cumanya aku nak ajak kita semua untuk memikirkan satu persoalan iaitu , wajarkah anak-anak disuruh pulang pada waktu maghrib ? . Sebab apa aku cakap macam ni ? sebabnya ia merupakan didikan mak dan ayah kita sewaktu kita kecil lagi .

Siapa tak balik sebelum maghrib, memang akan kena ! hehe kena rotan dan sebagainya . tapi wajarkah ia di laksanakan kepada anak-anak kita sekarang ini ?

Pandangan aku , ia masih wajar jika kita lihat kadar jenayah dalam kalangan kanak-kanak juga meningkat . sebagai ibu bapa, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, lebih baik memantau anak-anak kita dari keluar sehingga lewat malam.

Sepatutnya anak-anak yang masih di bangku sekolah perlu ada di rumah bermula waktu maghrib . sama ada untuk makan bersama ,ulang kaji pelajaran dan sebagai nya. ibu bapa kena tegas sikit dalam bab-bab ini . jangan terlalu manjakan anak-anak .

ya, kadang-kadang kita nampak yang tindakan mak ayah kita dahulu sudah tak relevan di zaman sekarang , terlalu mengongkong anak-anak dan sebagainya tetapi, kalau kita tanya diri kita balik , adakah kita rasa menyesal dengan tindakan mak ayah kita dahulu atau kita berterima kasih dengan didikan mereka itu ?

ya, mungkin anak-anak akan rebel atau memberontak , tapi yakinlah bila dia dewasa, dia akan sedar bertapa bagusnya didikan mak ayah dia .

Kawal anak-anak anda selagi boleh . ada juga yang mengatakan anak-anak suka lari rumah . bila malam sahaja mereka akan hilang tak tau kemana. wahai ibu bapa, sekali sekala ambil tahu dia berkawan dengan siapa .sekurang-kurangnya kita tahu nak hubungi siapa bila anak kita hilang .

jangan terlalu percayakan anak-anak di bangku sekolah. korang pernah dengar budak sekolah positif dadah di tahan di sebuah hotel ? ada dalam berita baru-baru ini. nak ke kita tengok anak-anak kita jadi macam tu tanpa pengawasan ?

ibu dan ayah, kalau anak anda masih kecil, gunakan peluang ini untuk mendidik mereka . mulakan bagi tahu mereka supaya waktu maghrib memang kena ada di rumah. mulakan dari kecil,lama-lama mereka akan memahami .

Aku tulis ni bukan untuk mengajar ibu dan bapa di luar sana, aku cuma nak kongsikan sedikit mengenai apa yang kita alami dahulu yang masih boleh di praktikkan hingga sekarang.

Sebagai peringatan, aku harap korang tak terlalu percaya " kajian " tertentu yang di muat naik di media sosial. kadang-kadang ia bukan 100% kajian pun sekadar penulisan mereka sahaja . sebagai contoh , kajian mendapati kalau marah anak akan menyebabkan sekian-sekian-sekian berlaku .

kita boleh baca dan berhati-hati tetapi kalau anak kita sudah tidak terkawal , gunalah kuasa veto yang anda ada demi anak-anak anda .

okay,

panjang pulak aku membebel pagi ni hehe , sekarang korang pulak beri pendapat di ruangan komen ya. jom kita berkongsi tips mengenai cara nak kawal anak-anak di waktu malam dan WAJARKAH ANAK-ANAK DISURUH PULANG PADA WAKTU MAGHRIB ?aku yakin, kita komen di bawah,pasti akan membantu ibu dan ayah di luar sana yang membaca. jangan segan-segan ya. kita nak kongsi ilmu .hehe

Sekian .

Previous Post Next Post