TERKEJUT TENGOK HARGA BARANG NAIK

TERKEJUT TENGOK HARGA BARANG DAH NAIK | Baru-baru ini sewaktu kenaikkan harga minyak, ramai yang telah siap sedia untuk menghadapi kenaikkan harga barang . Mulanya aku ingat benda tu tak jadi .

tapi kisah yang berlaku semalam menyebabkan aku menepuk dahi sendiri .

Selalunya , aku pergi giant beli barang yang sama sebabnya aku tolong belikan mengikut senarai yang mak aku telah tulis . jadi semua barang hampir sama setiap kali aku di minta untuk beli barang di giant.
betulke harga barang naik ?


jadinya aku tahulah harga barang tersebut .

nak di jadikan cerita semalam (15 feb 2017 ) aku pergi ke giant juga untuk beli barang yang sama , tapi bila tengok harga dia. pergh dah naik . aku tak pasti , ia naik sampai bila-bila atau hanya sementara sahaja .

tapi memang terkejutlah bila tengok macam tu . kita ni rakyat biasa ja , bila ada kenaikkan macam ni menyebabkan perjalanan kewangan kita pun tergugat juga. betul tak ?.

Next time, aku nak tengok balik sama ada harga barang tu kekal atau turun . Sebelum ini barang tersebut pernah di turunkan harganya ketika promosi, tetapi bila naik balik dia tak naik semacam harga sekarang ni .

dulu 13 ringgit lebih, kalau turun jadi 9 ringgit lebih , sekarang naik naik jadi 14 ringgit lebih. dulu kalau naik dari 9 ringgit tu akan sampai ke 13 ringgit lebih ja. tu yang aku hairan tu .

Bukan apa, cuma terfikir mungkin ada di antara kita yang tak mampu nak beli bila kenaikkan harga barang yang mendadak . minyak naik, barang naik . macam mana nak berjimat ?

Agak-agaknya kita kena amalkan petua rezeki ni kot baru rezeki kita banyak . tapi bila amalkan ada ja orang tu nak ambik balik. ermm

harap lepas ni harga barang tu turun balik. kan. ituja lah aku nak membebel pagi ni. hehe

Sekian .



أحدث أقدم