BELAJAR TULIS BLOG SUPAYA JADI LEBIH MENARIK !

Assalamualaikum .

Semalam aku ada update dekat facebook aku yang aku dah hilang semangat dalam menulis blog . tapi dalam masa yang sama aku sayang nak tinggalkan blog ni . jadi aku ambil kesimpulan hari ini untuk kongsikan dengan korang mengenai penulisan di blog .


BELAJAR TULIS BLOG SUPAYA JADI LEBIH MENARIK !

Ramai yang tahu menulis blog, tapi tak ramai yang tahu fungsi blog .

Korang tahu, di Malaysia ni ramai blogger yang menulis blog sama ada bertujuan untuk menjana pendapatan mahupun sekadar suka-suka. yang aku nampak ramai yang menulis blog kerana suka-suka sahaja .

Bila nak tulis blog kita kena bijak membaca apa yang pembaca kita nak .

Kalau kita tulis blog tapi pageviewnya tak ramai mana , mungkin ada kekurangan di dalam tajuk yang kita tulis tersebut. Mungkin juga pembaca sudah bosan dengan apa yang kita tulis di blog kita .

Merapu apa tulis blog ?

ini antara ayat dan komentar pembaca yang tidak di luahkan . mereka akan cakap di mulut bukan dalam tulisan di ruangan komen .

Jadi kita kena belajar untuk tulis blog supaya menjadi lebih menarik dan aumm dan mantap gitu . taklah orang baca terus keluar sebab bosan dengan ayat-ayat yang ditulis. betul tak ?

Nak belajar tulis blog bukan sesuatu yang mudah . sebabnya kita kena puaskan hati semua pembaca kita dalam satu atau dua artikel yang kita tulis setiap hari . tapi boleh kah kita berbuat demikian ?

jawapannya tak boleh .

Sebab apa, kita tulis lah apa yang kita nak tulis , pasti akan ada komen negatif yang muncul di blog kita. tak percaya ? korang tulis dan publish tengok macam mana. aku pun pernah kena macam tu dulu. sebab tu bila aku nak tulis blog, aku main tulis ja.

kalau tak suka, tak apa . aku terima kritikan orang lain . sebab aku ni jenis suka puaskan hati aku dengan menulis blog terlebih dahulu. kalau aku asyik fikirkan orang lain , aku akan susah nak kembangkan idea yang ada .

Kalau korang serius nak berjaya dalam penulisan atau sebagai penulis. Dapatkan ebook buat duit dengan menulis dengan segera mungkin. Nak kerja malas, lepas tu sembang nak kaya, mana boleh bro ! sis ! betul tak ? nak tulis blog pun kena ada ilmu kalau tidak bye bye lah.

Akhir sekali, sebagai konklusi, aku nak bagitahu yang menulis blog bukan mudah. kita kena sentiasa kreatif dan innovatif dalam memastikan blog kita sentiasa relevan dalam masa sekarang. susahlah nak ubah . biarlah kita susah sekarangbukan di kemudian hari. hehe

Dapatkan disini - Ebook Buat Duit Dengan Menulis .

Sekian .

p/s : aku membebel untuk diri aku ni sebenarnya. haha lemah sangat semangat nak tulis blog. ermm.. korang ada tak semangat lebih ? nak sikit. hahaha

Previous Post Next Post