PERMULAAN 2017 YANG MENYEDIHKAN !

PERMULAAN 2017 YANG MENYEDIHKAN ! | Selamat Tahun Baru di ucapkan kepada Semua pembaca blog kataubaid.com . Terima Kasih kerana terus memberi kepercayaan kepada blog aku ini untuk mencari dan mendapatkan maklumat sepanjang tahun. Hari ini aku nak tulis mengenai entri pertama tahun 2017 yang bertajuk PERMULAAN 2017 YANG MENYEDIHKAN ! . Macam nakbagi ceramah dah. haha


PERMULAAN 2017 YANG MENYEDIHKAN !


Kenapa aku cakap PERMULAAN 2017 YANG MENYEDIHKAN ? Semalam kita di khabarkan dengan berita kenaikkan harga minyak yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017. Ketika si ibu dan ayah sibuk berjimat cermat untuk menampung kenaikkan harga barang anak mereka ke sekolah, mereka pula dengan senangnya menyusahkan ibu dan bapa ini.

Di Malaysia, bukan semua kita ini di kategorikan sebagai kaya raya. ada yang cukup-cukup makan sahaja . Jadi kumpulan sasaran ini perlulah di ambil perhatian oleh kerajaan supaya nasib mereka sentiasa terbela. Sedih bila tengok ramai ibu dan bapa merungut yang  harga pakaian sekolah pun naik, harga tambang pengangkutan anak ke sekolah juga naik.

Entah macam mana mereka nak berjimat tatkala ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan duit mereka tanpa rela . Ujian apakah yang kita kena hari ini ? Sempena tahun baru 2017 ini, aku harap kita semua mampu menjana pendapatan yang baik dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti hidup kita sekeluarga.

Nak harapkan harga barang kembali turun, aku tak rasa ia akan turun . Salah satu perkara yang senang naik tetapi susah nak turun adalah harga barang . Kerajaan tak kan tak ada kuasa nak kawal kenaikkan harga barang ni ? atau mereka sengaja tutup sebelah mata sahaja. kesian dekat rakyat jelata yang mengundi mereka terpaksa menanggung derita.

Akhir kata, PERMULAAN 2017 YANG MENYEDIHKAN ini perlu di hadamkan oleh rakyat malaysia agar kita terus usaha tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.Semoga coretan ini akan terpahat dalam hati kita yang mana kita juga menderita dengan apa yang telah berlaku. marilah, kita banyakkan berdoa supaya kita mendapat pemimpin-pemimpin yang baik dan adil terhadap rakyatnya. aamiin. Selamat Tahun Baru !

Sekian.

Previous Post Next Post