NAMA BARU STADIUM PUTRA BUKIT JALIL !

NAMA BARU STADIUM PUTRA BUKIT JALIL ! |  Selepas lama menyepi dan menimbulkan persoalan kepada peminat tanah air mengenai status Stadium Putra Bukit jalil , Kini semua persoalan terjawab dengan pengumuman nama baru bagi Stadium Bukit Jalil . Mesti ramai yang tertanya-tanya apa nama baru stadium bukit jalil ? 


Axiata Arena
Gambar google.com

Nama baru Stadium bukit jalil ?


Nama baru bagi stadium bukit jalil adalam Axiata Arena . Ia susulan daripada penaja utama yang bertanggungjawab memastikan kebersihan dan perkhidmatan di Stadium bukit jalil terjaga. Menteri belia dan Sukan juga turut mengumumkan penajaan sebanyak 55 juta untuk Axiata arena dari syarikata axiata .


Stadium Bukit Jalil yang sebelum ini ditutup untuk pembaharuan padang dan akan di gunakan untuk Sukan Sea dan Para Asean pada tahun ini . Kerja sama di antara Syarikat Axiata dan juga Perbadanan Stadium Malaysia akan memastikan Axiata arena dalam keadaan terbaik sepanjang masa.


Untuk pengetahuan korang, perkara ini bukan asing lagi dalam dunia bola sepak. Pergabungan di antara syarikat besar dengan stadium telah lama terjadi sebagai contoh Mercedes benz arena di Beijing, Etihad Stadium di Manchester dan 02 Arena di London. Jadi kita tak perlu risau dengan kerja sama yang telah di jalinkan.


Dengan NAMA BARU STADIUM PUTRA BUKIT JALIL ini diharap mampu mengembalikan sinar kepada salah satu mercu tanda Negara Kita ini. Ramai merindui aksi-aksi bola sepak di Stadium Bukit jalil atau sekarang di kenali sebagai Axiata Arena. Semoga usaha ini tidak di sia-siakan. Sekian .
أحدث أقدم