MEMBER KAKI KELENTONG ! NAK BUAT MACAM MANA ?

MEMBER KAKI KELENTONG ! | Setiap dari kita mesti mempunyai kawan rapat atau orang cakap member baik punya . Dalam banyak-banyak member, ada tak member korang yang jenis baik dan sopan santun ja ? mesti ada kan . kalau macam tu aku nak tanya , ada tak member korang yang jenis kaki kelentong ? tak ada ? hehe nak cover lah tu. hehe Agak-agak korang lah kan, macam mana nak berkawan dengan member kaki kelentong ini ?


cara atasi masalah member kaki kelentong. Hutang tak bayar .


Antara tips yang boleh aku kongsi kan adalah ,

Cara Atasi Masalah kawan kaki kelentong !

1. Jangan di layan member yang kaki kelentong ini. berkawan biasa boleh tetapi nak harapkan sesuatu dari dia lebih baik jangan.

2. Berkawan seperti biasa dan mungkin boleh bagi nasihat agar dia berubah.

3. Jangan ikut serta dalam kelentong yang di buat. kalau tidak , korang juga akan hilang kawan-kawan yang lain.

Sifat kaki kelentong ini merupakan antara sifat yang boleh membunuh persahabatan . Antara perkara yang selalu di buat oleh kaki kelentong adalah , bila berhutang ,janji nak bayar tetapi tak bayar . Bila janji nak keluar sama-sama cancel last minit tanpa sebab munasabah. Korang tahu tak, ada benda lagi dasyat yang member kaki kelentong ni buat. Korang rujuk Pautan ini . Mesti korang terkejut dan tepuk dahi punya. aku tengok pun boleh terdiam.

Sebagai seorang kawan, kita memang tak mahu tengok kawan-kawan kita berperangai macam tu. sebab dalam hati kita ini , kita tak nak kawan kita kelentong kita dan kelentong orang lain. Jadi, kita yang membaca entri kali ini mesti lah sampaikan dekat kawan-kawan kita itu agar mereka berubah. dah masuk 2017 tapi masih kaki kelenton. susah lah kan. Semoga entri member kaki kelentong ini memberi manfaat kepada kita semua. Silakan Share !

Sekian.


Previous Post Next Post