TRUMP PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT !

TRUMP PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT !  |  Hari ini telah di umumkan bahawa Presiden ke-45 Amerika Syarikat telah di umumkan . Donald Trump telah di pilih untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat yang baru bagi menggantikan Barrack Obama  dari parti demokrat .Trump yang di lantik hasil dari undian pilihan raya amerika syarikat yang berlangsung semalam waktu Malaysia . Trump yang merupakan calon dari Parti Republikan menentang Clinton dari parti demokrat .


TRUMP PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT !


Trump menang dengan 276 undi manakala clinton 218 . Dengan kemenangan ini bermaksud mimpi ngeri Dunia akan bermula . Sebelum ini George W bush merupakan calon dari Republikan yang berjaya menjadi Presiden dan kita sendiri dapat lihat kemusnahan yang di lakukan oleh Bush sewaktu pemerintahannya . Kemudian di ganti pula dengan Obama yang lebih mesra dengan rakyat AS . walaupun wajahnya nampak baik tetapi kita lihat dia juga menyambung deligasi bush dengan cara yang halus .

Sekarang Trump mengambil alih sebagai Presiden yang ke 45 Amerika Syarikat. Sepanjang kempen dapat di lihat trump sering kali menggunakan kekerasan berbanding persaingnya iaitu Clinton . Oleh sebab itulah ramai yang menganggap trump bukan calon pilihan untuk menjadi Presiden .Tetapi berlaku sebaliknya di hari Pilihan raya . apabila Trump menang .

Persoalan timbul, adakah dunia islam akan kembali di tindas seperti zaman George Bush ? Trump secara terang mengatakan yang dia tidak sukakan Islam . Dan bagaimanakah keadaannya selepas ini selepas dia mengambil alih menjadi Presiden . Ya, pasti Allah menjaga Islam . Semoga ujian ini mampu di tempuh oleh ummat Islam di seluruh dunia . adakah palestin akan terbebas di zaman ini ? atau ini adalah permulaan perang dunia seterusnya ?

fuuhhh banyak betul perkara yang berlegar-legar dalam fikiran aku sekarang ini. masih fobia dengan apa yang george bush buat dahulu ke atas ummat islam sepertinya kembali terbayang di fikiran yang mana masa depan yang sama akan berlaku kepada ummat Islam. aku hanya risaukan ummat islam. kita doakan supaya kita semua mampu bersatu dan mampu bertindak andai di serang atau diperangi .

kita doakan semua ummat islam kuat  dan tidak di tindas seperti sebelum-sebelum ini . aku harap pemimpin kita juga bertegas dalam isu membabitkan ummat islam . Bukan hanya duduk di posisi mereka dan menurut apa sahaja yang di perintahkan oleh AS. apa pula pendapat anda mengenai kemenangan TRUMP SEBAGAI PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT ?

Sekian .

أحدث أقدم