ISTERI MEMBANTU SUAMI UNTUK JADI LEBIH BAIK !

ISTERI MEMBANTU SUAMI UNTUK JADI LEBIH BAIK ! |  Suami dan isteri merupakan satu pasangan yang di ikat dengan ikatan yang sah di sisi agama . Ikatan ini merupakan tanggungjawab kepada mereka untuk memulakan hidup berkeluarga dan memastikan keluarga tersebut mengikut panduan agama sepanjang hidup mereka . Suami dan isterilah yang akan mencorakkan kehidupan keluarga mereka . dan sudah pasti peranan isteri adalah ISTERI MEMBANTU SUAMI UNTUK JADI LEBIH BAIK !
ISTERI MEMBANTU SUAMI UNTUK JADI LEBIH BAIK !


Suami mempunyai peranan utama dalam membawa bahtera keluarganya bergerak . Mencari nafkah dan juga menyara keluarga merupakan tanggungjawab si suami . ada pula si isteri membantu suami dalam mencari pendapatan sampingan dengan izin suami juga antara pekerjaan yang mulia . Begitu juga si isteri yang mengambil tugas sebagai suri rumah dan menjaga hal-hal berkaitan rumah tangga ketika suami bekerja juga pekerjaan yang mulia.

Hakikatnya peranan seorang isteri dalam membantu suami adalah sesuatu yang menakjubkan . Tanpa seorang isteri, mungkin lelaki tersebut tidak akan bergelar suami . Tetapi hakikatnya si suami juga manusia, adakalanya semangatnya kuat melakukan kerja , adakala dia gagal mengawal emosi dan adakalanya juga tidak mampu untuk memberi perhatian kepada keluarganya . Mungkin melihat situasi si suami begini,si isteri mula berfikiran tidak baik . " laki aku tak sayang aku lagikah ? " .

Selepas itu mulalah si isteri juga tidak mampu mengawal perasaan dan akhirnya berlaku pergaduhan besar . Di sini, kita lihat peranan si isteri amat penting dalam membantu suami kembali kepada bagaimana mereka yang asal . Mulakan bertanya masalah kepada suami dan bertanya seandai memerlukan bantuan isteri atau tidak . Selebihnya , si isteri perlu kuatkan semangat suami seandainya mereka ada masalah .

Suami kadang-kadang dia senyap saja , sebab lelaki memang suka berahsia .sebab dia tak nak orang yang dia sayang pening memikirkan masalah yang dia tengah fikirkan itu . Jadi, si isteri kena faham dan jangan terlalu mendesak . Akan tetapi terus memberi semangat kepada si suami . Insyaallah lama kelamaan , masalah tersebut akan hilang.

Begitu juga dengan si Suami, andai anda melihat si isteri sibuk, bantulah mereka  . Andai si isteri penat dengan kerja nya . bantulah mereka dan ringankan beban mereka . saling bantu membantu akan menyebabkan keluarga menjadi semakin harmoni dan gembira . Jangan mengungkit mengenai perasaan penat anda . kerana si isteri juga penat bekerja sama ada di pejabat mahupun di rumah . Baju kita di basuhnya, pinggan mangkuk dan siap masak pula. mana mungkin mereka tidak penat sedangkan mereka juga manusia .

Pendek kata, suami dan isteri di ciptakan untuk saling bantu membantu antara satu sama lain . Jika ada masalah, duduklah dan berbincang ,insyaallah Allah akan permudahkan urusan anda . Buat Isteri yang mempunyai masalah suami , bersabarlah akak . Ini ujian dari Allah. Doalah banyak-banyak agar satu hari suami akan jadi lebih baik dan terus baik . kalau nak panduan , boleh miliki ebook Suami Unggul yang di tulis oleh Dr HM TUAH ISKANDAR . banyak sumber bacaan dan panduan untuk melembutkan hati suami dan sebagainya .


 


Begitu juga dengan abang-abang yang ada masalah, bersabarlah dengan karenah isteri anda. itu juga merupakan ujian yang besar untuk lelaki. berdoa dan terus berdoa agar Allah membuka pintu hatinya untuk kembali menjadi baik dan terus baik . Insyaallah keluarga akan lebih di berkati .

Sekian.

أحدث أقدم