DAYANG BAY RESORT TEMPAT PENGINAPAN DI LANGKAWI !

DAYANG BAY RESORT TEMPAT PENGINAPAN DI LANGKAWI ! | Baru-baru ini aku dan family aku sempat buat shot vacation ke Pulau Langkawi . Sebelum pergi ke langkawi kami ada buat sedikit persediaan terutamanya dalam memilih tempat tinggal kami di sana . Lepas survey-survey tu kami pun memilih DAYANG BAY RESORT TEMPAT PENGINAPAN DI LANGKAWI !  . Korang boleh suervey hotel yang korang nak dengan Laman Web Hotel.com . Korang nak tahu tak apa yang ada di Hotel Dayang Bay ,Langkawi ? meh aku cerita. hehe


Dalam banyak-banyak benda best dekat Hotel Dayang Bay ni, aku suka satu ja iaitu sunrise moment atau waktu matahari naik . Memang cantik kalau korang dapat bilik yang menghadap laut . Korang boleh tengok dekat youtube aku kalau nak tengok suasana matahari naik di Langkawi . korang boleh tengok gambar yang aku sertakan di bawah ini .



DAYANG BAY RESORT TEMPAT PENGINAPAN DI LANGKAWI !


Lokasi Hotel Dayang Bay ,Langkawi ini terletak berhampiran dengan Kuah . Selain itu ,kalau korang naik feri, dari jeti ke Hotel Dayang Bay hanya memakan masa 10 minit sahaja, nampak tak dekat ke tak . cumanya hari tu, kami naik flight jadi jauh sikit lah nak sampai ke sini .

Kami memilih Bilik yang mempunyai satu master bedroom dan satu sofa bed . Sofa bed ni sofa dan boleh di jadikan katil ,betul-betul selesa macam katil betul . Bilik ini juga mempunyai dua tandas ,satu dapur dan satu bilik untuk sidai baju . Sebenarnya dia macam apartment yang ada satu bilik didalamnya .

baca juga : Bercuti Tenangkan Fikiran !

Sofa bed di letakkan di ruang tamu ,kalau korang nak guna sofa maka korang buang je tilam tu dan nanti akan jadi sofa. kalau korang datang dengan family atau anak-anak korang sesuai juga kalau dapat bilik ni , tak perlu tempah dua bilik asing-asing betul tak ? Selain itu , akan ada 2 tv satu di ruang tamu dan satu lagi di dalam bilik.

Perkakas lain yang di sediakan antaranya peti sejuk,cerek ,microwave,teko dan pinggan mangkuk untuk korang guna . Kalau korang nak tengok harga terkini bilik ini, korang boleh rujuk link ini . Jom aku kongsikan gambar bilik yang kami duduk di hotel dayang bay .

DAYANG BAY RESORT TEMPAT PENGINAPAN DI LANGKAWI !
Gambar Balkoni bilik kami

DAYANG BAY RESORT TEMPAT PENGINAPAN DI LANGKAWI !
Sofa bed yang aku cakap tadi .

DAYANG BAY RESORT TEMPAT PENGINAPAN DI LANGKAWI !
Master Bedroom


DAYANG BAY RESORT TEMPAT PENGINAPAN DI LANGKAWI !
Salah satu tandas yang ada di dalam bilik  .

DAYANG BAY RESORT TEMPAT PENGINAPAN DI LANGKAWI !


Perkara yang aku tak suka di Hotel Dayang Bay adalah bilik dia agak lama . Mungkin sebab aku pilih apartment kot. hehe cerewetkan aku . hehe bukan apa, sebelum ini aku pernah singgah hotel-hotel biasa, tapi keadaan hotel tersebut jauh lebih baik dari apa yang ada di Hotel Dayang Bay . 

Tapi yang lain setakat aku stay 4 hari 3 malam boleh di kata bagus dan baik . Kalau korang bercadang nak tempah DAYANG BAY RESORT TEMPAT PENGINAPAN DI LANGKAWI !, korang boleh tempah melalui Hotel.com atau pun melalui laman web di bawah .

Dayang Bay Serviced Apartment & Resort

Persiaran Pelangi, 07100 Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia.
Tel : +604 966 5515 Email : rsvn@dayangbayresort.com

Untuk Tempahan dan Juga Survey Hotel ,aku cadangkan korang gunakan Hotel.com dan juga Trivago.com . Lebih mudah dan pantas ! . Semoga Entri DAYANG BAY RESORT TEMPAT PENGINAPAN DI LANGKAWI !mampu membantu korang dalam memilih tempat penginapan terbaik untuk korang dan family korang bila melawat Langkawi .

Sekian .

Previous Post Next Post