Ramai yang ambil peluang dengan bercuti untuk melupakan sekejap pekerjaan di pejabat mahupun pekerjaan di rumah . Bercuti mampu untuk membawa kita ke satu dunia yang baru dan juga mampu membantu kita menyusun semula kehidupan kita yang sebelum ini agak serabut dan kusut. Dengan bercuti jugalah kita memperolehi pengalaman baru dan menarik di samping perkenalan dengan suasana kehidupan di tempat yang baru walaupun hanya untuk masa yang singkat .
Escape ! Short Escape dan pelbagai lagi istillah yang ditulis mahupun di luahkan untuk menggambarkan bahawa percutian ini merupakan satu jalan keluar untuk menghilangkan stress yang di lalui oleh seseorang . Kalau anda berkesempatan untuk pergi bercuti. pergilah bercuti dan tenangkan fikiran dan minda .Aku yakin ia adalah salah satu terapi jiwa yang boleh kita lakukan untuk kehidupan kita .
Pendek kata, gunalah pelbagai istillah sekali pun untuk menggambarkan keseronokan korang bercuti , ingatlah satu perkara, minda dan badan kita juga perlu berehat sekejap. berikan ia peluang untuk berehat walaupun anda bercuti tetapi anda tetap sibuk melakukan aktiviti yang boleh menambahkan penat anda. semoga kita menjadi orang yang lebih baik selepas kita pulang dari bercuti .
Sekian.
Post a Comment