RAKYAT MALAYSIA LUPA TARIKH MERDEKA !

RAKYAT MALAYSIA LUPA TARIKH MERDEKA !  |  Satu kisah yang aku ambil dari sebuah stesen radio . Aku ada dengar seorang penyampai radio ini berpeluang melakukan survey terhadap 15 orang rakyat malaysia sehari sebelum tarikh kemerdekaan negara . dengan soalan yang di kemukan itu berbunyi " esok hari apa eh ? " .  di katakan dari 15 orang tu hanya 1 orang sahaja yang memberi jawapan " esok merdeka " .
Dan penyampai radio tersebut pun membuat kesimpulan yang ramai di antara rakyat malaysia lupa akan tarikh kemerdekaan . Agak sedih bila dengar  hanya seorang yang ingat kemerdekaan berbanding lagi 14 orang . Tapi , kalau kita fikir dari sudut yang lain, mungkin juga orang yang di tanya tu nak play safe dalam menjawab soalan. takut kena troll dan sebagainya  . 
RAKYAT MALAYSIA LUPA TARIKH MERDEKA !
Pendapat aku, ramai dan hampir semua rakyat malaysia akan ingat tarikh kemerdekaan kerana hari tersebut di ishtiharkan sebagai cuti umum sempena kemerdekaan . Jadi agak sukar untuk melupakan tarikh kemerdekaan. Sejarah kemerdekaan mungkin ada yang lupa tapi tarikh bersejarah seperti tarikh kemerdekaan mungkin sukar untuk di lupakan.
Persoalan kembali timbul selepas sambutan kemerdekaan. adakah kita betul-betul merdeka atau sekadar memenuhi dataran-dataran untuk menyambut kemerdekaan ? PTPTN, hutang negara, kes pembunuhan ,jenayah dan sebagainya yang menyebabkan kita tersentak untuk mengatakan kita betul-betul merdeka. belum di campur dengan masalah remaja di zaman sekarang. fikirkanlah dan cuba cari jawapan terhadap persoalan-persoalan tersebut.
Salam merdeka dari Kataubaid.com
Sekian.
Previous Post Next Post