PUTUS ASA BUKAN JALAN PENYELESAIANNYA !

PUTUS ASA BUKAN JALAN PENYELESAIANNYA ! |  Sering kali kita berkata kepada diri kita jangan putus asa. Teruskan usaha dan jangan pandang belakang . Pernah juga kita terfikir yang kita sudah tak mampu nak tanggung semua keburukan yang berlaku ini . Kenapa semua perkara tak elok berlaku kepada kita ? Tenang, rileks dan rehatkan minda sekejap . Jangan buat keputusan untuk putus asa secara terburu-buru .


PUTUS ASA BUKAN JALAN PENYELESAIANNYA !



Duduklah sebentar dan mula berfikir pelbagai cara lain untuk berjaya . Kita kembali berfikir mengenai kejayaan yang telah kita pernah capai . adakah kejayaan yang kita capai itu adalah dengan cara yang mudah ? atau kita tidak perasan sewaktu ingin mencapai kejayaan tersebut kita telah pun bersusah payah .cuba fikirkan .

Kita mula lahir ,kita terbaring sahaja, kemudian kita meniarap,merangkak,bertatih,berjalan dan kemudian kita berlari. Sepanjang usaha kita tersebut, berapa ramai yang mampu berlari tanpa sebarang luka dek kerana jatuh ketika belajar berjalan ? Tak ramai kan . Ia kerana semua orang merasai keperitan untuk berjalan dan akhirnya mereka berjaya berlari selepas bersusah payah berlajar berjalan.

Begitu juga dengan kehidupan kita ini, adakala kita di bawah dan adakala kita di atas. Buat persediaan yang rapi agar kita sentiasa mempunyai jalan keluar terhadap masalah kita. Ingat, masa akan terus berlalu dan kita akan terus mewarnai dunia ini sebelum kita melelapkan mata. tetapi persoalannya, siapakah kita sewaktu menjadi "pelakon " di muka bumi ini . kita yang mencorakkan masa depan kita.

Yang penting,jangan putus asa. Pasti ada jalan untuk kita berjaya . Kalau rasa down sangat, terus berdoa kepada Allah. Allah bagi kita peluang untuk hidup ini pun sudah cukup kita bersyukur dan tunduk. Ingat,gunakan peluang hidup yang Allah bagi ini dengan sebaik mungkin. jangan hiasinya dengan istillah putus asa . Selamat berjaya .

Sekian .


أحدث أقدم