Ramai anak muda beranggapan bahawa apa yang di tonton di tv merupakan apa yang berlaku di kalangan masyarakat.Tapi tak semua yang di filemkan atau di dramakan itu merupakan realiti. Kena pandai pilih drama dan filem. bagi aku drama yang bukan adaptasi novel merupakan drama realiti dan mungkin semi realiti. sebab selalunya drama yang di adaptasi novel merupakan imaginasi penulis yang kadang-kadang melampau dalam imaginasinya. Tak semua tapi ada .
Baca juga : Drama melayu senang di jangka .

Sedarlah, hidup ini bukan seperti drama jam 7 malam . Hidup ini bukan semuanya akan menjadi ahli koporat .Hidup ini bukan semuanya bercinta dengan anak orang kaya . Hidup ini bukanlah sekadar merampas lelaki atau perempuan yang menjadi milik orang. tetapi hakikat hidup ini lebih besar dan lebih banyak tanggungjawab yang kena kita laksanakan.
Tak salah nak tengok drama santai, aku pun kadang-kadang layan juga drama kul 7 . tetapi pada masa yang sama , kita kena control dan jaga adik-adik dan anak-anak kita. jangan biar mereka terawang-awangan dengan impian dan angan -angan kosong dari imaginasi yang tidak berpihak kepada realiti. Pijaklah di bumi yang nyata. Keluar dan lihat masyarakat kita. sungguh ia berbeza dari drama jam 7.
Sekian.