BUKAN SEMUA MANUSIA INGAT KITA !

BUKAN SEMUA MANUSIA INGAT KITA ! |  Bermulanya minggu ini dengan munculnya hari isnin, ramai yang agak liat bila hari isnin menjelma. Malas pergi bekerja dan sebagainya. Namun, ia sekadar luahan mulut sahaja , jarang orang yang merungut malas pergi kerja akan mengambil cuti kerana malas nak masuk office atau pejabat. betul tak ? alamatnya kena buang kerja lah lepas tu. hehe . Kali ini aku nak kongsikan satu tajuk ala-ala monday blues lah juga ni. iaitu " bukan semua manusia ingat kita " , dah macam tajuk syarahan dah ni. ada intro bagai . haha

Agak lama aku tak buat intro macam atas ni. poyo wehh. hahaha

berbalik kepada tajuk aku hari ini, pernah tak kita terfikir mengenai manusia-manusia di sekeliling kita sama ada mereka mengingati kita atau hanya kita yang mengingati mereka. pernah tak ada bisikan yang mengatakan " alaah, dia bukan oingat dekat ko pun " . pernah ? sebenarnya itulah antara bisikan yang boleh menyebabkan seseorang bergaduh dengan orang lain. bisikan atau hasutan yang menambahkan kebencian dalam persaudaran merupakan antara racun dalam persahabatan .




Duduk tak semena, tiba-tiba ada bisikan sedemikian. sudah pasti kita juga akan turut mengangguk tanda setuju dengan bisikan tersebut . sudah lama tak jumpa, tiba-tiba kita terfikir sdemikian rupa.sepatutnya kitalah yang menjadi pemula dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita dengan orang tersebut .

Jangan tunggu orang lain yang mulakan. kalau dia pun tunggu kita mulakan. dah masing-masing menunggu pulak,sampai bila nak tunggu .lagi satu, jangan percaya dengan bisikkan-bisikkan negatif yang kadang-kadang kita dengar tu. bila rasa macam perkara tu tak ptut buat, maka tinggalkan. jangan dok layan, nanti makin best lah dia dok kipas sampai kita putuskan silaturrahim kita. hati-hati ya .

semoga sedikit usaha kita dapat mengeratkan hubungan antara kita dan sahabat ,ahli keluarga dan masyarakat.

sekian.


3 Comments

Previous Post Next Post