Dulu meriah, sekarang tak !

Suasana Hari raya 2016 | Dulu Meriah sekarang tak ! itulah hari raya yang di sambut bagi sesetengah umat islam di Malaysia . Sememangnya suasana hari raya mampu berubah bila kita berada di dalam kalangan orang yang betul-betul menyambut hari raya. kalau setakat datang dan melawat semata-mata , kemeriahan hari raya tak di rasai .

Antara yang menjadi punca kemeriahan di hari raya hilang adalah sikap kita yang tidak mahu menyambut hari raya. Lebih gemar duduk di rumah sahaja dan menyendiri . Ada juga sebab adik beradik kita yang tidak mengendahkan kita di hari raya dan hari-hari lain. itu antara punca kemeriahan hari raya sudah sikit demi sikit hilang dari kita.

gambar raya kataubaid

Bagi sesetengah keluarga, adab dan adat hari raya masih di kekalkan dan kemeriahannya masih di rasai. maka hargailah ia. Betul aku cakap ni, ada kampung-kampung yang masih menggunakan kaedah gotong royong mencatikkan kawasan kampung, pasang pelita sama-sama demi memeriahkan hari raya Aidil fitri. kalau dekat bandar , susah lah sikit kan.

Banyak perbezaan hari raya dulu dan sekarang. Korang boleh baca dekat sini . Bagaimanapulak hari raya korang ? jom kongsikan.

Sekian.

أحدث أقدم